Pound Kembali Mengukuh, GBP/USD Catat Lonjakan 120 Pips!

316

Pound Sterling pada dagangan Khamis mengekalkan pengukuhan berbanding matawang utama yang lain termasuk dagangan berbanding dolar USD.

Pengukuhan matawang British tersebut didorong oleh laporan tinjauan undian pilihan raya UK yang terbaru dikongsikan oleh YouGov dengan peratusan undian terus dimonopoli oleh Parti Konservatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson.

Walaupun dolar USD berjaya mengukuh berikutan bacaan data ekonomi Amerika Syarikat yang diterbitkan positif semalam, namun gagal memberi tekanan terhadap Pound.

Ini dapat dilihat pada pergerakan harga bagi carta pasangan matawang GBP/USD yang mencatatkan kenaikan dari paras terendah semalam sekitar 1.28300 sehingga melepasi garisan trendline harga dan juga paras Moving Average 50 (MA50).

Kenaikan harga mencecah 120 pips ke paras lebih tinggi sekitar ketinggian 1.29500 sehingga bersambung pada awal sesi pasaran Asia hari ini.

Harga bergerak perlahan namun masih menguji paras ketinggian tersebut memasuki awal dagangan sesi Eropah.

Harga dijangka akan kembali menguji zon resistance pada paras ketinggian 1.29700 yang gagal ditembusi harga pada dagangan minggu lalu.

Jika momentum kenaikan harga berjaya dikekalkan, harga bakal melepasi kenaikan lebih tinggi melepasi paras 1.30000 yang merupakan paras tertinggi dicapai harga pada Oktober lalu selepas kali terakhir ke paras tersebut sejak Mei.

Namun jika Pound kembali didagangkan susut, harga bakal kembali membuat penurunan semula menuju zon tumpuan harga sekitar 1.28700 dan akan cuba melepasi garisan MA50.

Penurunan lebih rendah akan kembali semula ke paras support mingguan di atas paras 1.28200 yang juga merupakan zon RBS (resistance become support) utama pada carta GBP/USD.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat