Pound Kembali Pulih Selepas EU Menangguhkan Sedikit Masa Brexit, Manakala Euro Menjunam Selepas Data Perkilangan Jerman

746

Yen bermula hambar pada Asia hari ini selepas data inflasi dikeluarkan. Inflasi pengguna teras tahunan di Jepun menurun ke 0.7% pada Februari 2019 selepas kenaikan 0.8% pada Januari dan di bawah jangkaan sebanyak 0.8%. Angka tersebut berada di bawah sasaran 2% oleh Bank of Japan (BoJ).

Juga dari Jepun tidak lama selepas itu, indeks pengeluaran PMI Jepun kekal pada 48.9 untuk bulan Mac 2019, di bawah jangkaan pasaran 49.2. Ini merupakan angka terendah dalam 33 bulan atas faktor penurunan dalam pesanan baru.

Kemeriahan pasaran Eropah hari ini dihiasi oleh indeks perkilangan PMI di Jerman yang turun lebih jauh kepada 44.7 mata berbanding 48.0 jangkaan dan 47.6 sebelum ini. Ini merupakan penguncupan terbesar dalam sektor perkilangan sekaligus mengheret Euro ke paras terendah dagangan hari ini.

Sementara itu, Pound Sterling kembali pulih selepas ketua-ketua Kesatuan Eropah bersetuju untuk memberi penangguhan kepada tarikh Brexit sehingga 12 April.

Tumpuan pasaran pada sesi New York malam ini akan beralih kepada data ekonomi Kanada khususnya kepada indeks harga pengguna yang mengukur kadar inflasi yang dijangka meningkat menurut tinjauan IVEY PMI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat