Pound Masih Bertahan, GBP/USD Pamer Lonjakan Lagi

555

Walaupun masih dilihat antara mata wang yang berisiko, Pound Sterling berjaya catatkan prestasi dagangan harian terbaik semalam berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Ini turut disokong oleh perkembangan vaksin di UK menerusi laporan berkenaan syarikat Novavax Inc dengan tahap keberkesanan yang memberangsangkan dalam ujian klinikal fasa ketiga.

Laporan awal menyatakan kegunaan vaksin sudah mula diperiksa dan kerajaan UK juga telah memesan 60 juta dos vaksin tersebut.

Faktor ini turut menjadi pemangkin lonjakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam di samping penyusutan US dolar dengan bacaan KDNK AS suku terakhir 2020 yang rendah.

Kenaikan harga lebih 100 pips semalam menguji semula paras ketinggian 1.37400 namun masih gagal menembusi ke paras lebih tinggi sebelum menutup dagangan sesi New York sedikit rendah.

Bersambung pada dagangan di sesi Asia pada Jumaat, harga susut ke paras 1.37000 dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang akan memberi isyarat kecenderungan trend harga semasa.

Jika harga susut lebih rendah di bawah paras 1.37000, jangkaan untuk harga jatuh lebih rendah akan menuju ke zon RBS (resistance become support) pada 1.36000.

Sebaliknya jika harga berjaya menyambung semula lonjakan harga semalam, paras ketinggian terbaru harga pada carta GBP/USD akan direkodkan lagi.

Paras ketinggian tumpuan seterusnya adalah dilihat sekitar 1.38300 untuk paras tertinggi terbaru harga sejak dagangan April 2018 lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat