Pound Melonjak Naik Selepas Pengumuman Peletakan Jawatan PM Boris Johnson

455

Dolar Amerika terus mendominasi pasaran setelah laporan minit mesyuarat FOMC terbaharu mengesahkan Federal Reserve (Fed) akan meneruskan langkah pengetatan dasar monetari yang agresif untuk memerangi inflasi.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar didagangkan lebih kukuh pada 106.90 pada sesi Eropah.

Sementara itu, pasaran pada sesi Eropah telah digemparkan dengan berita peletakan jawatan Perdana Menteri UK Boris Johnson yang dilihat mendorong peningkatan mata wang pound sebagai reaksi awal.

Menurut sumber Downing Street, Boris Johnson akan membuat kenyataan rasmi kepada negara pada hari ini.

Dalam pada itu, mata wang euro didagangkan mendatar pada sekitar paras terendah 20 tahun, mengikuti pergerakan yang dipaparkan dolar greenback.

Beberapa jam sahaja lagi, pelabur akan diperlihatkan dengan terbitan minit mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mesyuarat polisi edisi Jun.

Bagaimanapun, volatiliti dalam pasaran mata wang masih lagi pada paras tertinggi sejak akhir Mac 2020 pada 11.2%, mencerminkan keresahan pelabur terhadap pergerakan seterusnya dalam pasaran.

Melihat perkembangan mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan dolar New York nampaknya telah mencipta rentak untuk bangkit semula daripada paras terendah, namun masih terlalu awal untuk mengatakan kedua-dua mata wang itu akan kembali kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat