Pound Mencanak Naik Berbanding Matawang Gergasi Pada Sesi Eropah

747

Setelah melalui sesi dagangan yang menyuramkan sebelum ini, matawang pound kembali memaparkan kenaikan pada awal sesi Eropah dengan pergerakan harga menembusi paras 1.39000 berbanding US dolar.

Kempen vaksinasi yang meluas di UK telah membantu pengukuhan matawang pound dan angka kes jangkitan harian yang semakin menunjukkan penurunan mula memberi tekanan buat Perdana Menteri Boris Johnson untuk melonggarkan beberapa langkah sekatan.

Sementara itu, dagangan euro yang melemah telah membolehkan pound sterling melonjak ke tahap tertinggi sejak April 2020 ketika tumpuan utama pasaran disasarkan kepada penerbitan data pertumbuhan dan perkhidmatan Zon Eropah dan UK pada hari Jumaat.

Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan Eropah dijangka akan terus lemah pada Januari, disebabkan penutupan coronavirus yang masih dilaksanakan untuk membendung penularan wabak coronavirus.

Sementara itu, dagangan dolar greenback nampaknya berehat seketika setelah melonjak tinggi sebagai tindak balas kepada bacaan data jualan runcit Amerika Syarikat yang memberangsangkan pada bulan Januari.

Bagaimanapun, raja matawang itu kekal didagangkan lebih kukuh berbanding kebanyakan matawang utama lain pada 90.82, walaupun mencatat sedikit penurunan pada awal sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat