Pound Mula Tergelincir Menanti Keputusan Mesyuarat BoE Malam Ini

48

GBP/USD menurun pada hari Rabu setelah melonjak ke beberapa nilai tertinggi sebelumnya menjelang mesyuarat BoE. Mesyuarat itu  dijangka bakal menurunkan kadar faedah buat kali pertamanya sejak 2009.

GBP/USD, 1 jam
GBP/USD, 1 jam

 

Pair GBP/USD merosot 0.24% pada hari tersebut. Walaupun Pound meningkat berbanding US Dollar beberapa minggu kebelakangan ini, matawang British itu masih turun 10% berbanding US Dollar sejak keputusan bersejarah UK meninggalkan Kesatuan Eropah pada 24 Jun lalu.

Baca : Keputusan Penuh Referendum EU. Rakyat UK Memilih Untuk Tinggalkan Kesatuan Eropah

Bank of England dijangka akan mengurangkan penanda aras interest rate kepada 0.25% berikutan data ekonomi yang melemah sejak akhir-akhir ini. Gabenor BoE, Mark Camey turut memberi petunjuk yang kukuh terhadap pengurangan kadar dan beberapa langkah pelonggaran untuk menyelesaikan masalah kemerosotan ekonomi.

Penurunan kadar oleh BoE ini dikaitkan dengan penyusutan mendadak Pound sejak Brexit.

Dalam mesyuarat MPC Julai, jawatankuasa telah mengundi 8-1 untuk mengekalkan kadar yang stabil pada paras 0.50%

Pelabur dilihat semakin menumpukan perhatian mereka terhadap keputusan BoE yang bakal diumumkan malam ini. Laporan ini dianggap penting untuk gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan pasaran buruh AS. Sebelum itu, Firma Penggajian ADP melaporkan peningkatan sebanyak 179,000 penjawat jawatan bukan perladangan pada bulan Julai.

Pada hari Selasa, Presiden Fed Atlanta, Dennis Lockhart berkata, laporan itu penting sebelum Fed bertemu lagi pada bulan September.

Sebarang kenaikan kadar daripada Fed tahun ini bakal menyaksikan kenaikan harga buat Dollar.

US Dollar Index, yang mengukur kekuatan Greenback meningkat lebih daripada 0.40%.

Ini antara data positif yang membantu lonjakan Pound pada minggu ini. Klik pautan ini. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat