Pound Sterling Dagangan Mencabar Minggu Ini

898

Matawang Pound Sterling jatuh lagi mencatatkan paras terendah yang baru untuk tempoh tingga minggu dagangan berbanding dolar USD berikutan keraguan para pelabur terhadap keupayaan Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk meyakinkan Kesatuan Eropah(EU) menerima perubahan dalam perjanjian pengunduran Brexit UK.

Masa semakin suntuk untuk PM May mendapatkan kelulusan perjanjian Brexit, seterusnya mendapatkan pula sokongan penggubal undang-undang British sebelum Britain secara rasmi dijadualkan untuk meninggalkan EU pada 29 Mac nanti.

Situasi ini semakin meningkatkan lagi kegelisahan para pelabur terhadap kebarangkalian situasi ‘no-deal Brexit’ atau ‘disorderly Brexit’ walaupun majoriti penggubal undang-undang British mahu mengelakkan situasi tersebut berlaku, sebaliknya meningkatkan kembali nilai dagangan Sterling dalam pasaran.

Pelabur mahukan kepastian kerana ketidaktentuan politik yang berlarutan akan terus menjejaskan sentimen pengguna dan juga perniagaan. Dapat diperhatikan juga ekonomi semasa di Britain turut menunjukkan kemerosotan berdasarkan pada data-data ekonomi yang dikeluarkan. Ketidaktentuan Brexit ini telah menyebabkan ekonomi Britain pada tahun lalu bergerak pada kadar paling perlahan sejak 2012 dan juga dengan momentum yang semakin merisaukan untuk tiga bulan terakhir ini.

Laluan berliku untuk Sterling minggu ini belum berakhir apabila bakal berdepan pula dengan laporan data inflasi pada Rabu dan juga data jualan runcit di Britain pada Jumaat. Jika kedua-dua data tersebut mencatatkan bacaan yang positif, Sterling akan mendapat sedikit kekuatan untuk bertahan dengan isu Brexit yang membayangi pasaran buat masa terdekat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat