Pound Terus Berdarah Selepas Data Aktiviti Pembinaan PMI Sebentar Tadi

729

Matawang Dolar hari ini naik tinggi mengatasi kerugian selama dua minggu sebelum ini apabila data pekerjaan Amerika Syarikat yang dicatatkan mengukuh daripada jangkaan pada Jumaat lepas.

Laporan Jabatan Buruh A.S. pada Jumaat lalu menunjukkan sektor pekerjaan melonjak sebanyak 304,000 pekerjaan untuk Januari dan merupakan kenaikan terbesar sejak Februari 2018. Bukan itu sahaja, matawang Dolar juga turut disokong oleh jumlah aktiviti perkilangan ISM yang juga lebih baik daripada ramalan sekaligus menunjukkan masih terdapat kekuatan dalam ekonomi terbesar dunia.

Dalam perkembangan di Britain pula, dengan tempoh kurang daripada 60 hari untuk tarikh akhir Brexit iaitu 29 Mac 2019, kedua-dua pegawai EU dan UK saling menuding jari menyalahkan satu sama lain dengan tiada kata putus yang sesuai untuk persetujuan perjanjian Brexit Theresa May. Permulaan dagangan minggu ini menyaksikan Pound Sterling jatuh ke paras terendah seminggu dalam ketidaktentuan Brexit ini.

Tambahan lagi, aktiviti sektor pembinaan di UK sebentar tadi hilang momentum pada Januari dan merosot kepada bacaan yang paling lemah sejak 10 bulan menurut tinjauan terbaru dari Markit Economics. Indeks pembinaan hari ini mencatatkan angka 50.6 untuk Januari, menurun daripada 52.8 pada bulan Disember.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat