Pound Tiba-tiba Melonjak Sebelum Keputusan BoE, Dah Ada Yang Tahu Kadar Faedah Akan Kekal?

790

Keputusan mesyuarat dasar Bank of England (BoE) malam tadi menyaksikan kadar faedah dikekalkan pada paras 0.75%, menafikan jangkaan 50% kebarangkalian pemotongan oleh pasaran sebelum ini. Ini mendorong pasangan matawang GBP/USD melonjak sekitar 100 pips.

BoE tanpa dijangka masih berpandangan hawkish bahawa langkah rangsangan monetari masih tidak diperlukan setakat ini memandangkan terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi UK semakin meningkat selepas pilihan raya umum Disember lalu dan ekonomi global juga dilihat mengukuh.

Bagaimanapun, lonjakan matawang pound sebelum keputusan BoE telah menimbulkan persoalan sama ada terdapat pemain pasaran yang mengetahui mengenainya terlebih dahulu sebelum ia diumumkan.

Matawang sterling didapati melonjak satu minit sebelum bank pusat memutuskan untuk kekalkan kadar faedah. Ekoran itu, BoE meminta Pihak Berkuasa Pelakuan Kewangan (FCA) untuk menyiasat apa yang telah berlaku.

Seterusnya, tumpuan pasaran kini beralih kepada detik bersejarah buat UK yang akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada hari ini. Sebarang berita yang berkaitan dengan Brexit dijangka bakal mempengaruhi dagangan matawang pound.

Sementara itu, dalam kenyataan terbaru Perdana Menteri Boris Johnson menyatakan beliau bersedia untuk menerima perjanjian dagang seperti yang ditawarkan oleh Eropah kepada Kanada.

Perjanjian Eropah dan Kanada telah menghapuskan 98% tarif antara dua negara itu dan dengan model “off the shelf”, ini bermakna Britain akan menikmati perdagangan bebas tarif bersama negara-negara EU.

Selain daripada keputusan dasar monetari oleh BoE malam tadi, penerbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat turut menjadi tumpuan pasaran. Ekonomi AS meningkat 2.1% pada suku keempat, sama seperti yang dicatatkan pada suku ketiga dan menepati jangkaan pasaran.

Susulan daripada itu, US dolar mempamerkan pengukuhan berbanding safe-haven yen dan beberapa matawang utama lain pada sesi Asia, walaupun pada awalnya ia gagal merangsang peningkatan USD.

Coronavirus terus menjadi kebimbangan buat pasaran setelah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam mengisytiharkan virus yang telah meragut 204 nyawa itu, sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat