Powell Berkemungkinan Besar Menggantikan Yellen Sebagai Pengerusi The Fed Yang Baru

42

President Donald Trump dijangka akan mencalonkan Jerome Powell sebagai pengerusi The Fed pada awal pagi Jumaat waktu Malaysia.

Keputusan Trump itu dijangka akan diumumkan sekitar pukul 3 pagi, selepas 1 bulan menjalankan proses pemilihan yang akhirnya disenarai pendek kepada 5 orang termasuk Janet Yellen.

Jerome Powell menjadi bualan sepanjang minggu ini sebagai calon utama yang berpotensi dipilih sebagai Pengerusi The Fed yang baru.

Pada awal minggu ini, Trump telah membuat kenyataan bahawa beliau telah menyenarai pendek dua calon iaitu Jerome Powell (gabenor Fed) dan John Taylor (pakar ekonomi Universiti Standford) sebagai calon pengganti pengerusi The Fed. Laporana sebelum ini menyatakan bahawa beliau juga menyukai Janet Yellen sebagai calon pengganti Fed pada penggal yang baru tahun depan.

Gabenor Fed, Powell merupakan individu yang mendukung perlaksanaan Janet Yellen mengatur strategi polisi monetari. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Gabenor Fed sejak 2012. Beliau dilihat sebagai individu yang mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor swasta dan kerajaan. Selain itu, beliau merupakan peguam dan pernah berkhidmat dalam Jabatan Kewangan di bawah George W. Bush.

Sepanjang perjalanan kerjaya beliau sebagai Gabenor Fed sejak 2012, beliau merupakan individu penting yang merangka undang-undang perbankan selepas krisis kewangan 2007/2008 .

Selain Powell, calon yang dilihat mempunyai potensi ialah bekas Gabenor Fed, Kevin Warsh dan Penasihat ekonomi Trump, Gary Cohn.

Taylor dan Warsh dilihat sebagai individu yang lebih hawkish, iaitu individu yang menyokong kenaikan yang cepat dalam kenaikan kadar faedah berbanding Yellen dan Powell. Cohn dijangka tidak akan dipilih kerana kritikan beliau pada Trump berkenaan isu di Virginia awal tahun ini.

Pasaran menjangkakan Powell sebagai calon pengerusi The Fed yang sesuai untuk menyokong polisi fiskal kerajaan US . Pasaran juga menjangkakan kadar faedah akan dinaikkan seawal Disember tahun ini dan kenaikan secara beransur-ansur pada tahun hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat