Powell Dovish! EUR/USD Lonjak Semula Lebih 100 Pips

110

Setelah paparkan pengukuhan di awal sesi New York semalam, US dolar mengakhiri dagangan penghujung sesi dengan ketara melemah semula.

Pada mulanya, terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang catat bacaan meningkat telah memberi kesan positif terhadap US dolar.

Namun, situasi ‘happy’ itu tidak kekal lama apabila Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell melangkah masuk dalam pasaran.

Memberi isyarat terhadap dasar monetari, Powell menyatakan sudah tiba masa untuk bank pusat memperlahankan kenaikan kadar faedah. Petunjuk dovish!

Walaupun tidak akan laksanakan penurunan kadar (cut rate), tetapi kenaikan kadar faedah dijangka diperlahankan kepada 50 mata asas berbanding 75 sebelum ini.

Sejurus menerima petunjuk tersebut, reaksi jelas pasaran dipaparkan pada carta-carta harga utama menyaksikan US dolar menyusut.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD pada mulanya dilihat membuat terjunan 100 pips dari paras 1.04000 hingga mencecah semula paras sokongan tumpuan 1.03000.

Sekali lagi paras 1.03000 berjaya melantunkan semula harga dan kenaikan lebih 100 pips ekoran reaksi ucapan Powell telah melepasi rintangan 1.04000.

Menyambung momentum tersebut, harga meningkat sekitar 40 pips di sesi Asia dari paras 1.04000 dengan isyarat pergerakan trend bullish telah dinilai oleh pelabur.

Kenaikan dijangka akan diteruskan untuk menuju zon rintangan pada 1.05000 sebelum melepasinya dan catatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan.

Sasaran kenaikan lebih tinggi dilihat pada 1.06000 yang dijangka bakal dituju harga.

Namun, jika harga berpatah arah di penghujung minggu ini ketika tumpuan terarah pada laporan data pekerjaan NFP AS, pelabur akan bersedia untuk kejatuhan semula harga.

Penurunan di bawah paras 1.04000 bakal menuju kembali paras sokongan 1.03000 untuk menguji zon kritikal tersebut.

Melanjutkan penurunan hingga melepasi paras 1.02400 seterusnya akan mendorong jangkaan harga untuk ke zon tumpuan 1.01000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat