Powell Jadi ‘Kompas’ Pandu Arah EUR/USD Lebih Rendah Semula

162

Seperti diberi harapan palsu, pelabur kecewa menyaksikan kejatuhan semula harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD di penghujung minggu selepas pada mulanya memberi isyarat untuk pergerakan bullish.

Ini berlaku berikutan kesan reaksi pasaran terhadap ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada simposium Jackson Hole yang menyatakan bahawa bank pusat akan meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif untuk menurunkan kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS).

Ibarat kompas kepada pelabur, nilai US dolar telah melonjak dengan ketara susulan petunjuk hawkish oleh Powell itu selepas persoalan tersebut berlegar-legar dalam pasaran sepanjang minggu lalu.

Wakil bank pusat Eropah juga memberi petunjuk yang hawkish untuk meneruskan kenaikan kadar di Eropah, namun Euro gagal untuk membendung pengukuhan yang dipamerkan US dolar.

Jika diteliti pada dagangan Jumaat lalu, harga pada mulanya menunjukkan corak kenaikan selepas melonjak dari paras sokongan 0.99500 dan hampir mencapai ke paras rintangan 1.01000.

Namun, harga gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi apabila pengukuhan semula US dolar telah menekan kembali harga ke bawah paras pariti 1.0000.

Menutup dagangan untuk sesi terakhir minggu lalu sekitar 0.99600, harga juga dilihat kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD dengan jangkaan harga yang cenderung untuk melanjutkan penurunan pada minggu ini.

Pembukaan sesi Asia di awal minggu ini, harga dilihat masih menyambung penurunan walaupun pergerakan harga masih perlahan.

Paras support minggu lalu pada 0.99000 dijangka akan diuji sebelum ditembusi untuk harga mencatatkan paras terendah terbaru 20 tahun.

Sasaran untuk penurunan yang diteruskan adalah untuk menuju ke sekitar 0.98000.

Namun jika kenaikan harga berlaku, rintangan pada 1.0000 bakal diuji semula untuk harga melepasi paras pariti tersebut.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan masih dilihat akan mensasarkan pada rintangan pada 1.0100 yang gagal dilepasi minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat