Powell Kecewakan Jangkaan Pelabur, Apa Jadi USD?

337

US dolar terus berlegar pada sekitar paras terendah selepas ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang gagal memberi petunjuk baru mengenai kadar faedah.

Powell yang berucap pada persidangan bank pusat di Stockholm pada sesi New York, hanya menegaskan prinsip tentang kebebasan Fed daripada pengaruhi politik.

Impaknya, pasaran mata wang tidak banyak berubah dengan tumpuan pelabur kini beralih kepada terbitan data inflasi Amerika Syarikat pada hari Khamis.

Ketika sesi dagangan Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan pada 103.33 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang euro dan pound pula kekal mendatar di mana masing-masing diperdagangkan pada sekitar paras tertinggi 7 bulan dan 3 minggu berbanding USD.

Pembukaan semula China terus menyokong sentimen dan meningkatkan mata wang Asia berbanding dolar greenback.

Yuan China sedikit lebih rendah daripada paras tertinggi lima bulan pada awal sesi dagangan Rabu.

Sementara dolar Aussie dan New Zealand pula kekal stabil pada keuntungan yang diraih daripada kelemahan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat