Powell: Rizab Persekutuan Akan Memerhatikan Perkembangan Ekonomi Secara Saksama Dan Bertindak Dengan Tepat!

686

Pengerusi Rizab Persekutuan (the Fed) Jerome Powell telah mengulangi janjinya dalam ucapan pada hari Jumaat sebentar tadi bahawa perlunya mengekalkan perkembangan ekonomi dan dalam masa yang sama beliau mengakui bahawa tarif dan faktor lain telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi semakin perlahan.

Dalam ucapan tersebut, Powell tidak menjelaskan secara langsung tentang arah tuju kadar faedah walaubagaimanapun beliau menjanjikan the Fed akan bertindak secara tepat bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Powell juga mengatakan dalam komentar tahunan beliau bahawa ekonomi ketika ini semakin menghampiri matlamat iaitu tenaga kerja penuh dan kestabilan harga.

“Cabaran pada ketika ini ialah bertindak dengan betul dalam mengendalikan dasar monetari bagi mengekalkan pertumbuhan agar pasaran buruh bertumbuh dengan lebih kukuh dan inflasi di paras 2 peratus.”

“Dasar monetari adalah alat yang sangat berguna untuk menyokong perbelanjaan pengguna, pelaburan perniagaan dan keyakinan awam tetapi ia bukanlah jalan penyelesaian sepenuhnya kepada perdagangan global.

“Kami sedang memeriksa alat dasar monetari yang pernah digunakan sebelum ketika masa gawat dan juga masa ekonomi sedang stabil dan mempertanyakan adakah ia masa yang sesuai untuk melonggarkan dasar monetari (menggunakannya secara lebih agresif).”

Lanjut beliau, “unjuran pertumbuhan global semakin berkurangan sejak pertengahan tahun lepas. Ketidakpastian dalam polisi perdagangan juga menjadi salah faktor pertumbuhan global perlahan, sektor pembuatan dan perbelanjaan modal lemah.”

Pasaran menjangkakan, the Fed akan mengurangkan kadar faedah pada mesyuarat bulan September nanti dan sekali lagi sebelum akhir tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat