‘Power of Siberia’, Saluran Paip Besar Sedang Dibina Rusia Dan China

2,617

Di sebalik pengurangan bekalan gas ke Eropah, Rusia kini berada di peringkat akhir dalam pembinaan saluran paip pertamanya dengan China yang boleh menghantar gas dari Siberia ke Shanghai.

Power of Siberia’, gelaran yang dipanggil untuk projek tersebut telah mula menghantar gas asli ke utara China pada Disember 2019.

Di China, saluran paip itu mengalir ke bahagian timur negara itu, melepasi ibu kota Beijing dan turun ke Shanghai.

Fasa pertengahan mula beroperasi pada Disember 2020 dan bahagian selatan terakhir ditetapkan untuk memulakan penghantaran gas pada 2025.

Pembinaan yang telah mengambil masa kira-kira lapan tahun itu melibatkan syarikat tenaga milik negara, Gazprom Rusia dan China National Petroleum Corp.

Dengan saluran paip baharu Rusia-China ini, ia dilihat dapat meringankan tekanan dihadapi Moscow yang kini terhimpit dengan kemelut tenaga dengan Kesatuan Eropah (EU) susulan pencerobohannya ke atas Ukraine.

Ketika banyak negara mengenakan sekatan terhadap Rusia, China pula meningkatkan pembelian bahan tenaga daripada negara itu.

Walaupun begitu, gas asli masih lagi sebahagian kecil daripada import tenaga China yang kebanyakannya menggunakan minyak mentah.

Menurut agensi berita Rusia INterfax, eksport gas Gazprom ke China melalui saluran paip melonjak sebanyak 63.4% kepada 7.5 bilion meter padu pada separuh pertama tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat