PPI & Minit FOMC Diperhati, Trader ‘Takut’ Menjelang Data Inflasi AS!

550

Pergerakan mata wang US dolar bercampur-campur pada dagangan Rabu semalam membuatkan pelabur terus berhati-hati menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Setelah bergerak lemah beberapa sesi, US dolar dilihat sedikit kukuh pada awal sesi New York semalam susulan data indeks harga pengeluar (PPI) AS diterbitkan dengan bacaan bulanan untuk September adalah lebih baik berbanding ramalan, meskipun sedikit menurun dari bulan sebelumnya.

Namun, pengukuhan tersebut kembali suram apabila pasaran meneliti laporan minit FOMC yang diterbitkan untuk mesyuarat pada September lalu.

Berdasarkan laporan, ahli-ahli mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan dasar yang ketat untuk beberapa tempoh dengan kadar faedah kekal yang dikekalkan di paras 5.50%.

Majoriti melihat bakal ada 1 lagi kenaikan kadar faedah akan dilakukan pada baki mesyuarat yang tinggal di penghujung tahun ini.

Secara keseluruhannya, US dolar masih lagi bergerak pada trend yang lemah dalam pasaran dan arah selanjutnya akan ditentukan oleh data CPI AS malam ini.

Indeks dolar susut ke paras 105.60 mata dan hasil perbendaharaan 10 tahun AS juga kekal menurun ke paras sekitar 4.55%.

Mata wang Eropah dilihat masih mengekalkan corak bullish berbanding US dolar dan data pertumbuhan ekonomi UK yang akan diterbitkan pada sesi Eropah hari ini bakal mempengaruhi pergerakan Pound.

Mata wang Asia, Aussie dan Kiwi sudah mula menunjukkan perubahan pada situasi kenaikan harga sebelum ini, memberi amaran untuk pelabur berhati-hati menuju dagangan penghujung minggu.

Yen melemah berbanding kebanyakan mata wang utama dan dolar Kanada sedikit melemah susulan harga minyak mentah global kembali alami kejatuhan semalam.

Sementara itu, emas kekalkan prestasi cemerlang untuk terus meningkat ke paras ketinggian terbaru mencapai paras harga $1,877 per auns.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat