Presiden AS Selamatkan Pasaran Kripto, Bitcoin (BTC) Kembali Melantun Atas $38,000

1,444

Pasaran kripto kembali menunjukkan harapan apabila masing-masing mencatatkan pergerakan yang agak positif.

Ketikal artikel ini ditulis, Bitcoin (BTC) didagangkan pada $38,600.83 dengan lonjakan lebih 10% dalam 24 jam.

Seperti kebiasaannya, prestasi raja kripto itu turut membawa pasaran altcoins ke paras yang melegakan:

  • Ethereum (ETH): $2,625.15 (+11.74%)
  • XRP $0.700 (+10.52%)
  • Solana (SOL): $89.20 (+9.59%)
  • Cardano (ADA): $0.851 (10.35%)
  • Dogecoin (DOGE): $0.123 (+9%)

Seperti yang dimaklumkan semalam, Bitcoin telah susut lebih $400 dari paras $38,773 ke paras $34,554 sebaik sahaja presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan serangan ke atas Ukraine.

Tetapi pada hari ini, pasaran kripto diselamatkan oleh presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Sekitar lewat pagi tadi, Biden telah menunjukkan ketegasannya ke atas Rusia, menganggap tindakan negara itu wajar dibalas.

AS bersama-sama negara bersekutu di barat juga telah berjanji untuk melaksanakan sekatan ke atas empat bank terbesar Rusia.

Jelas Biden, mereka akan mengehadkan pertumbuhan ekonomi Rusia melalui sekatan perniagaan yang melibatkan dolar, euro, paun, dan yen.

Tidak cukup dengan itu, presiden AS juga memberi jaminan lebih banyak pasukan ke Jerman untuk menyokong  NATO di seluruh wilayah timur.

Pun begitu, Biden tidak akan mengambil bahagian dalam peperangan dua negara tersebut melalui penghantaran lebih banyak sokongan tentera secara langsung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat