Presiden Catalan Mahu Rundingan Bersama Kerajaan Sepanyol

85

Pada hari Selasa, parti pemisah telah menandatangi dokumen berkenaan pengisytiharan kemerdekaan bagi Catalonia. Namun presiden Catalonia, Carles Puigdemont membuat kenyataan bahawa beliau akan menangguhkan perlaksanaan itu untuk beberapa minggu lagi bagi membuka laluan kepada dialog dengan kerajaan Sepanyol.

Usulan menangguhkan perlaksanaan kemerdekaan bukan sahaja untuk meredakan keadaan, tetapi juga bagi memenuhi kehendak rakyat Catalan itu sendiri.

“Kita seharusnya mendengar suara rakyat Catalan yang meminta kita berdialog dengan kerajaan Sepanyol,” kata Puigdemont

Selepas sesi tandatangan itu, kerajaan Sepanyol terus mengadakan mensyuarat tergempar yang akan diadakan pada pagi Rabu dan terdapat indikasi bahawa mereka berkemungkinan setuju untuk dialog.

Kerajaan Sepanyol tidak mengiktiraf pengisytiharan kemerdekaan oleh parti pemisah Catalan itu dan keputusan yang dicapai dalam referendum adalah tidak sah.

Kerajaan Sepanyol juga tidak menerima pengesahan undang-undang referendum Catalan yang telah dimansuhkan perlembangaan Sepanyol dan mengisytiharkan bahawa referendum tersebut adalah palsu dan tidak rasami.

Selain itu, parti pembangkang yang diketuai Ines Arrimadas menentang usaha oleh Peugdemont.

” Ini adalah rampasan kuasa. Tiada siapa mengiktiraf pengisytiharan tersebut. Tiada siapa di Eropah yang menyokong apa yang sedang kita lakukan.” kata beliau.

Peratusan rakyat yang mengundi minggu lalu hanyalah 42.3% iaitu sebanyak 2.26 juta penduduk. 90% pengundi memilih kebebasan dalam referendum tersebut iaitu bersetuju untuk keluar dari Sepanyol dan menjadi sebuah negara yang merdeka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat