Presiden China Nyatakan Kebimbangan Terhadap Penglibatan AS Dalam Urusan Negaranya

276

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping dilaporkan telah bercakap melalui satu panggilan telefon pada Jumaat lalu untuk berbincang mengenai perkembangan dalam isu perdagangan serta isu-isu berkaitan.

Trump memberitahu bahawa beliau telah mengadakan perbincangan yang sangat baik dengan Xi Jinping mengenai perjanjian dagang mereka yang akan ditandatangani tidak lama lagi. Mereka juga turut berbincang mengenai perkembangan isu berkaitan Korea Utara dan Hong Kong.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan Xi Jinping yang dikatakan telah memberitahu Trump bahawa Amerika Syarikat telah mengganggu urusan hal ehwal dalaman negaranya, yang boleh merosakkan kepentingan China dan menjejaskan kepercayaan serta kerjasama antara kedua-dua pihak.

Xi turut memberitahu Trump bahawa Beijing amat bimbang terhadap kata-kata dan tindakan Amerika Syarikat terhadap isu di Taiwan, Hong Kong, Xinjiang dan Tibet yang boleh menjejaskan hubungan dua negara itu.

Ini susulan tindakan White House yang menyenaraihitamkan syarikat-syarikat China atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia terhadap minoriti Islam di Xinjiang dan tindakan Trump menandatangani dua rang undang-undang yang menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong.

Sementara itu, ancaman ‘hadiah Krismas’ oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un kini juga menjadi kebimbangan buat Amerika Syarikat yang ditafsirkan sebagai ujian senjata nuklear atau peluru berpandu balistik.

Ini adalah kerana Trump dan Kim Jong Un masih gagal mencapai persetujuan mengenai pembatalan sekatan terhadap Korea Utara, sebagai pertukaran kepada ‘denuclearization’ oleh Pyongyang.

Terbaru, China dan Rusia telah mencadangkan bahawa Majlis Keselamatan PBB supaya membatalkan larangan ke atas eksport Korea Utara seperti makanan laut dan tekstil sebagai usaha untuk menggalakkan rundingan antara AS dan Korea Utara, tetapi ia ditolak oleh Jabatan Negara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat