Presiden China Ungkap Nada Optimis Menjelang Penandatangan Perjanjian Fasa 1!

238

Pada ketika ini China berada dalam fasa untuk menandatangani perjanjian perdagangan dengan Donald Trump sebagai satu langkah untuk meredakan perang perdagangan yang telah berlangsung hampir dua tahun. Dalam masa yang sama Presiden China Xi Jinping menunjukkan keyakinan terhadap prospek ekonomi China.

Pada minggu lepas, Xi telah menyatakan bahawa China telah berjaya mengharungi pelbagai situasi sukar, cabaran dan risiko. Dengan penandatangan perjanjian perdagangan fasa satu bersama A.S pada hari Rabu di Washington, Xi semakin optimis terhadap pergerakan ekonomi China pada masa akan datang, walaupun para pemimpin parti China sedang berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, peningkatan hutang dan cabarang politik di Taiwan dan Hong Kong. Menurut Xi, setidak-tidaknya dengan penandatangan ini, hubungan diplomatik dengan A.S akan bertambah lancar.

Menurut Charles Liu, yang merupakan bekas perunding ekonomi mengatakan pemimpin-pemimpin China juga merakamkan rasa lega dengan kesepakatan tersebut dimana untuk menjayakannya ia telah memerah banyak tenaga dan kos. Tambah beliau, mereka juga lebih yakin untuk berurusan dengan Trump selepas ini.

Perjanjian perdagangan tersebut menyatakan China akan membeli hampir $200 bilion barangan A.S., serta menghormati hak harta intelektual dan tidak memanipulasi mata wangnya. Perjanjian itu membincangkan perbincangan yang lebih sensitif seperti subsidi negara dan perlindungan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat