Presiden Donald Trump Nekad Untuk Kenakan Larangan Rentas Negara Ke Atas Brazil?

458

Pada hari ini Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk mengenakan larangan rentas negara ke atas Brazil berikutan negara tersebut mencatat jumlah angka kematian harian tertinggi akibat wabak Covid-19 pada hari Selasa.

Berdasarkan kenyataan Trump terhadap para wartawan di Rumah Putih, beliau kini sedang mempertimbangkan keputusan tersebut dan dalam masa yang sama berharap beliau tidak akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar.

Tambah beliau, “Saya tidak mahu orang ramai datang ke Amerika Syarikat dan menularkan wabak tersebut. Dalam masa yang sama, saya juga tidak mengharapkan rakyat Brazil terjangkiti oleh wabak ini.”

Kenyataan Trump ini dikeluarkan susulan laporan yang menunjukkan jumlah kematian harian Brazil akibat Covid-19 adalah yang tertinggi pada hari Selasa iaitu sebanyak 1,179 kematian. Angka ini jauh mengatasi jumlah kematian tertinggi yang dicatatkan sebelum ini iaitu sebanyak 881 kematian.

Setakat ini, Brazil telah mencatat sebanyak 271,000 kes jangkitan positif akibat Covid-19 dengan 17,983 kematian berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Johns Hopkins University. Kini Brazil merupakan negara ketiga yang mencatat jumlah jangkitan tertinggi Covid-19 selepas A.S dan Rusia.

Disisi lain, A.S telah melaporkan jumlah jangkitan dan kematian akibat Covid-19 yang paling tinggi di duania dengan 1.5 juta kes jangkitan dan hampir 92,000 kematian.

Keputusan yang bakal diambil ini boleh memberi kesan terhadap perjalanan ekonomi negara Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat