Presiden Filipina ‘Volunteer’ Jadi Bahan Ujikaji COVID-19 Rusia!

221

Menurut sebuah laporan, Presiden Filipina Rodrigo Duterte akan disuntik dengan vaksin koronavirus Rusia pada awal Mei 2021. Awal minggu ini, Duterte telah menawarkan diri untuk menyertai dalam ujian percubaan vaksin Rusia, walaupun para saintis dan pakar kesihatan mempersoalkan keselamatan dan keberkesanan ubat tersebut.

Rusia pada hari Selasa lalu mengumumkan bahawa negara itu telah mendaftarkan vaksin pertama di dunia untuk wabak coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 setelah kurang dari 2 bulan menjalankan ujian klinikal. Walau bagaimanapun, data ujian tersebut belum diterbitkan.

Selain itu, Filipina adalah antara sebahagian negara yang akan mengambil bahagian dalam percubaan “fasa ketiga” yang lebih meluas bagi penghasilan vaksin. Oleh yang demikian, beberapa sumber telah melaporkan bahawa negara itu akan memulakan perbincangan berkenaan isu tersebut pada bulan Oktober.

Tambahan daripada itu, percubaan fasa ketiga dianggap penting oleh pakar perubatan untuk sebarang pembangunan vaksin dan ianya diperlukan untuk menghilangkan risiko kesan sampingan daripada pengambilannya.

Pada minggu lalu, Filipina didapati telah mengatasi Indonesia dengan jumlah kes jangkitan COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara. Sehingga petang ini, negara itu telah melaporkan sebanyak 143,749 kes jangkitan dan 2,404 kematian.

Bukan itu sahaja! Duterte turut meminta China menjadikan negaranya sebagai keutamaan ketika proses pembangunan vaksin.

Menurut J. Stephen Morrison dari Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa, beliau mendakwa bahawa tindakan Presiden Rusia untuk memberikan itu kepada Filipina adalah tidak mustahil. Hal ini demikian kerana Putin menunjukkan keprihatan terhadap negara berpendapatan rendah memandangkan negara-negara kaya bakal menyekat semua bekalan vaksin dari pasaran luar. Oleh itu, mereka akan ketinggalan bahkan menimbulkan malapetaka yang lebih besar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat