Presiden Korea Selatan – Momentum Rundingan Antara Korea Utara Dan Amerika Syarikat Adalah Paling Penting!

266

Presiden Korea Selatan telah memberi sedikit komentar pada hari Isnin mengenai ketegangan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat yang telah menghadirkan kebimbangan terhadap pasaran. Menurut Presiden Moon Jae-in dalam pembicaraan dengan Presiden China Xi Jinping bahawa rundingan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat adalah “paling penting daripada hal-hal yang lain” pada ketika ini.

Korea Utara telah menetapkan batas tarikh akhir untuk Amerika Syarikat untuk mengubah polisi yang telah ditetapkan ke atas Korea Utara dan dalam masa yang sama belum ada kemajuan atas perjanjian dalam isu program nuklear.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden A.S. Donald Trump telah bertemu sebanyak tiga kali sejak Jun 2018, namun tidak ada perkembangan yang substantif dalam rundingan yang telah berlangsung. Dalam masa yang sama, Korea Utara menuntut agar A.S menghapuskan sekatan antarabangsa yang telah dikenakan.

Pada hari Sabtu, media tempatan Korea Utara telah mengeluarkan kenyataan bahawa A.S akan menanggung akibat yang besar kerana ikut campur tangan dalam hak asasi kemanusiaan Korea Utara dan dalam masa yang sama pihak Korea Utara berpendapat “kata-kata tidak baik” yang dilemparkan oleh pihak Washington hanya akan meningkatkan ketegangan di semanjung Korea.

Dalam laporan lain, Korea Utara sedang bersedia untuk menguji peluru berpandu jarak jauh dan meningkatkan tenteranya telah menimbulkan kebimbangan pasaran dan seterusnya mendorong kepada pembelian aset safe-haven.

Menurut Moon, rundingan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat adalah “paling penting daripada hal-hal yang lain”. Mankala presiden China Xi, berependapat China dan Korea Selatan harus berganding bahu dalam membantu Korea Utara dan A.S mengekalkan momentum untuk dialog.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat