Presiden Venezuela Guna Kripto Untuk Elak Sekatan AS

227

Presiden Venezuela , Nicolas Maduro berusaha untuk mengelakkan negara itu daripada sekatan dengan mengaplikasikan penggunaan matawang kripto yang pelbagai.

Sekatan daripada Amerika Syarikat (AS) mendorong presiden itu mengemukakan rang undang-undang baru bagi mengatasi impak besar pada masa akan datang.

Menerusi pengenalan rang tersebut juga, Venezuela akan berusaha melihat ruang potensi penggunaan pelbagai matawang kripto baik secara domestik atau antarabangsa.

Maduro juga melihat peluang ini sebagai satu cara untuk mengukuhkan penggunaan Petro, matawang kripto Venezuela yang bersandarkan pada minyak, termasuk matawang kripto yang lain.

Buat masa ini, rang undang-undang tersebut masih diperhalusi oleh badan perundangan Venezuela, National Constituent Assembly.

Sebelum ini, pemerintah negara itu tidak berminat dengan matawang kripto yang lain selain daripada Petro. Malah, menggunakan Petro dalam pemberian bonus Krismas pada 2019 dan bonus bulan kepada golongan pesara pada 2018.

Mungkin, selepas Venezuela terpilih sebagai negara yang melesenkan perlombongan kripto, Maduro mula ‘membuka hati’ untuk matawang kripto lain seperti Bitcoin dan Ethereum.

Petro mula dilancarkan pada Februari 2018 dan merupakan matawang kripto pertama di dunia yang berlandaskan kepada minyak.

Berdasarkan laporan, matawang itu dibangunkan untuk menarik pelaburan luar termasuk mengelak sekatan yang dikenakan AS terhadap Venezuela.

Walau bagaimanapun, matawang tersebut tidak tersedia bagi pembelian di luar negara itu. Petro hanya dapat dibeli dalam kalangan pelabur Venezuela sahaja.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat