Presiden Xi Jinping Berikrar China Akan Capai Sasaran Pertumbuhan Tahun Ini

229

Presiden China, Xi Jinping berjanji untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi pada tahun ini walaupun polisi sifar Covid-19 dan pasaran perumahan yang lemah menjadikan matlamat itu lebih jauh daripada jangkauan.

Berucap dalam Forum Perniagaan BRICS secara maya pada hari Rabu, Xi berkata China akan menguatkan pelarasan dasar makro dan menerima pakai langkah yang lebih berkesan untuk mencapai sasaran tersebut.

Walaupun begitu, ahli ekonomi meramalkan Beijing akan tidak dapai menggapai matlamat pertumbuhan 5.5% untuk tahun ini.

Menurut tinjauan baharu Bloomberg, unjuran ekonomi dilihat menurun kepada 4.1% pada 2022, di mana penguncupan dijangka berlaku pada suku kedua daripada tiga bulan sebelumnya.

Xi menyifatkan langkah yang diambil China untuk memerangi Covid bukan sahaja melindungi kehidupan dan kesihatan orang ramai, tetapi juga menstabilkan asas pembangunan ekonomi dan sosial sebanyak mungkin.

Penutupan coronavirus sejak Mac di bandar-banar utama seperti hab teknologi Shenzhen, pusat pembuatan kereta Jilin dan hab kewangan Shanghai telah mengganggu banyak aktiviti perniagaan dan pengguna serta menjejaskan rantaian bekalan.

Walaupun sekatan tersebut telah dilonggarkan dan aktiviti ekonomi disambung semula, pemulihan mungkin akan perlahan kerana China masih lagi mengekalkan langkah kawalan untuk membendung wabak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat