Prestasi 8 Matawang Kripto Utama Sepanjang Tahun 2017 – Ethreum Menduduki Tangga Ke-3

120

Matawang kripto yang menunjukkan prestasi paling cemerlang pada tahun 2017 ialah Ripple (XRP). Prestasi ini diukur berdasarkan bilangan dagangan dan penerimaan massa.

Walaupun Ripple bermula agak lambat iaitu dari segi kenaikan pada awal tahun 2017 namun matawang tersebut menunjukkan prestasi yang tertinggi berbanding matawang kripto lain.

1. Ripple bermula dengan harga $0.0065 pada tahun 2016 dan ditutup pada paras harga $2.00. Prestasi matawang kripto menunjukkan 28963% berdasarkan kiraan coinmarketcap dan tradingview. Jumalah market cap adalah sebanyak 77.1 billion.

2. Dash mengikuti Ripple apabila berjaya menunjukkan prestasi pada paras 9337% kenaikan daripada $11.33 kepada $1,069.32 pada akhir tahun 2017. Jumalah market cap Dash ialah sebanyak 8.9 billion.

3. Ethreum menduduki tempat ketiga sebagai matawang kripto paling berprestasi apabila membuat kenaikan hampir 9000%. Pada tahun 2016, harga Ethreum hanya berada pada $8.00 dan ditutup paras $740 keatas. Pada awal fasa tahun 2017, Ehtereum membuat kenaikan hampir 5000% dan mula mencapai resistance pada bulan Disember.

4. Litecoin menduduki tangga keempat, dengan membuat peningkatan 5572% daripada harga $4.36 kepada $247.31. Jumlah market cap adalah sebanyak 13.5 billion.

5. Monero juga ketinggalan apabila berjaya mencapai prestasi 2481% dariapda harga $13.486 kepada $348 pada akhir tahun 2017. Monero menunjukkan prestasi yang stabil dengan menunjukkan peningkatan sepanjang tahun walaupun tidak begitu banyak setiap kali peningkatan.

6. Walaupun tahun 2017 lebih seringkali dikenal sebagai tahun Bitcoin kerana mampu menarik perhatian banyak massa di seluruh negara. Bahkan bitcoin juga diterima sebagai medium transaksi dalam kalangan syarikat-syarikat dan individu. Matawang kripto itu mampu naik hampir 1400% sepanjang tahun ini dan mencapai $20,000 pada awal Disember sebelum jatuh ke paras $14,000.

7. IOTA merupakan matawang kripto yang masih baru, dilancarkan pada tahun 2016. IOTA didagangkan pada harga $0.25 kepada $3.64. IOTA menunjukkan prestasi sebanyak 1356%.

8. Akhir sekali ialah Bitcoin Cash yang menunjukkan prestasi bawah 1000% iaitu sebanyak 739% dariapda harga $320 kepada $2684.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat