Prestasi Cemerlang Loonie Dorong USD/CAD Ke Paras Terendah Terbaru

318

Sentimen optimis pasaran mengukuhkan dagangan matawang komoditi termasuk dolar Kanada yang berjaya mengatasi jangkaan penurunan dengan kebimbangan terhadap pasaran minyak mentah global.

Jangkaan untuk persetujuan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk dicapai dan dilaksanakan sebelum pilihan raya Presiden telah memulihkan situasi berisiko pasaran sebelum ini, namun pelabur tetap berwaspada.

Walaupun begitu, peningkatan pada inventori minyak mentah AS pada data terbaru bakal menjadi faktor menghalang kenaikan harga minyak mentah ekoran permintaan yang bakal perlahan.

Dolar Kanada yang sensitif terhadap pergerakan pasaran minyak telah menampilkan prestasi dagangan cemerlang pada Selasa, berjaya bergerak lebih kukuh berbanding US dolar untuk menekan harga pada carta pasangan USD/CAD ke paras terendah terbaru 6 minggu.

Pada dagangan Selasa semalam, harga yang menguji paras penting 1.32000 akhirnya telah membuat penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat trend bearish.

Penurunan harga sekitar 100 pips dicatatkan ke paras 1.31000 sebelum harga menutup dagangan di sekitar zon support tersebut.

Menyambung dagangan pada hari ini (Rabu), harga telah meneruskan penurunan dan berjaya melepasi paras sokongan 1.31000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Penurunan selanjutnya dijangkakan akan menuju zon support lebih rendah sekitar 1.30000.

Sebaliknya jika harga kembali melonjak semula, zon SBR (support become resistance) 1.32000 akan menjadi tumpuan harga semula.

Selain tumpuan pada perkembangan pakej rangsangan ekonomi AS, pelabur akan turut berwaspada menantikan data inflasi tahunan Kanada yang akan diterbitkan di sesi New York untuk isyarat lebih jelas arah pergerakan Loonie.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat