Prestasi Pasaran Saham Asia Pada Rabu, Nikkei Susut 0.56%

43

Majoriti pasaran saham Asia ditutup lebih rendah di mana Wallstreet berjaya mengekalkan sedikit keuntungan walaupun dengan kontroversi terbaru politik di US.

Dow Jones Industrial Index (DJIA) tidak berubah pada Selasa, dengan Nasdaq berjaya meraih keuntungan 0.27% manakala S&P 500 susut 0.08% dalam penutupan pasaran US pada Selasa.

Indeks MSCI Asia Pasifik yang tidak mengambil kira Jepun hanya naik 0.03%, di mana Nikkei 225 susut 0.56% dalam penutupan sebentar tadi berikutan pengukuhan Yen berbanding US dolar. Kospi di Korea susut 0.18% kepada 2,391.77.

Di sebalik prestasi hambar di Asia, Hang Seng di Hong Kong mengukuh dan setakat ini naik 0.65% berikutan keuntungan yang dicatat oleh saham-saham emas. Hang Seng sejak awal minggu ini telah merekod 2.8% keuntungan.

Pasaran China pula dilihat lemah dengan Shanghai Komposit susut 0.26% setakat ini. ASX200 di Australia jatuh 0.97% yang ditekan oleh kaunter-kaunter kesihatan, hartanah dan sektor kewangan.

Pasaran saham Amerika Syarikat membuat sedikit junaman selepas emel anak sulung Donald Trump mendedahkan beliau mengalu-alukan pertolongan dari peguam Rusia untuk ayahnya dalam kempen pilihanraya 2016.

Walaubagaimanapun, sebelum penutupan pasaran US pagi tadi, pasaran saham Wallstreet berjaya meningkat semula.

“Emel ini adalah tidak baik, tetapi sekali lagi ia bukanlah bukti yang kuat. Ia dijangka tidak akan membuatkan pasaran menjadi risk-off,” kata Hiroko Iwaki, ketua strategi pendapatan-tetap di Mizuho Securities.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat