Prestasi Pasaran Saham Eropah Dalam Awal Dagangan Khamis

48

Pasaran saham Eropah didagang lebih tinggi dalam awal pasaran Eropah selepas para pelabur mendapat maklumat terkini daripada mesyuarat The Fed semalam.

Semasa dagangan pagi di Eropah, EURO STOXX 50 naik 0.39% setakat pukul 4.25 petang waktu Malaysia. Di Perancis CAC 40 naik sehingga 0.44% di mana DAX30 di Jerman merosot 0.27%.

Dalam mesyuarat dua hari The Fed, bank pusat mengekalkan kadar di paras 1.25% yang mana telah dijangka oleh pasaran. Bank pusat juga merancang untuk mengurangkan jumlah penyata imbangan dalam masa terdekat dan juga menyatakan kelemahan inflasi di Amerika Syarikat. Tiada maklumat yang mengurangkan keraguan pasaran terhadap kenaikan ketiga kadar faedah tahun ini yang dilihat telah membenam US dolar.

Kaunter-kaunter kewangan didagang bercampur-campur ketika ini dengan Deutsche Bank susut sehingga 3.19% setakat ini. BNP Paribas pula susut 0.385 dengan Commerzbank hampir tidak berubah setakat pukul 4.32 petang.

Deutsche Bank melaporkan pada Khamis lonjakan keuntungan pada suku kedua 2017, walaubagaimanapun CEO John Cryan berkata pendapatan “tidak kukuh secara keseluruhan berbanding apa yang dijangka”.

Di London FTSE 100 meleset 0.07% yang tertekan oleh saham Astrazeneca yang meleset 15.68% setakat ini selepas penggabungan antara Durvalumab dan Tramelimumab gagal.

Di Amerika Syarikat, pasaran saham dijangka dibuka lebih tinggi dengan pasaran hadapan Dow Jones ketika ini naik 0.16%.  Dagangan hadapan S&P 500 juga naik 0.20%, manakala Nasdaq naik 0.53%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat