Prestasi Pasaran Saham Global Positif, Nikkei Naik 0.09%

50

Pasaran saham Asia mencapai paras tertinggi dua tahun lalu pada Isnin disokong oleh pertumbuhan ekonomi China yang melebihi jangkaan dan juga data-data US yang dijangka akan menyebabkan The Fed mengekalkan rangsangan monetari kepada ekonomi.

Pasaran ekuiti Eropah pula dibuka positif sebentar tadi dengan FTSE100 naik 0.42% setakat pukul 3.20 pm, DAX di Jerman pula naik 0.10% dan CAC40 di Perancis naik 0.18%.

Selain daripada data pertumbuhan ekonomi yang positif, China juga merekod bacaan yang begitu memberangsangkan dalam pengeluaran industri yang meningkat 7.6% berbanding jangkaan 6.5%.

Di Jepun Nikkei 225 naik 0.09% manakala ASX200 di Australia ditutup rendah -0.17% dalam sesi dagangan hari ini walaupun dengan data ekonomi China yang menggalakkan.

Pasaran saham China jatuh sehingga 2% pada awal dagangan hari ini tetapi mendapat semula setengah daripada kerugian itu selepas data pertumbuhan China dikeluarkan melebihi jangkaan.

Jingyi Pan penganalisis strategi pelaburan di IG Singapura berkata, pasaran jatuh awalnya apabila hujung minggu lalu Presiden Xi Jinping mahu merombak kabinet kewangan yang menimbulkan kebimbangan terhadap pengetatan polisi.

Prestasi positif di Wallstreet pada Jumaat diikuti oleh pasaran saham Asia pada Isnin dengan Dow Jones Industrial Average (DJIA) dan S&P 500 mencapai paras tertinggi selepas data harga pengguna jatuh pada bulan kedua berterut-turut yang memperbaharui jangkaan bahawa rangsangan ekonomi The Fed akan dikekalkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat