Prestasi Pasaran Saham Global Setakat Petang Ini, Ekuiti Eropah Dibuka Rendah

52

Pasaran Asia didagang hambar pada Selasa di mana keseluruhan pasaran dalam rantau ini mengalami penyusutan berikutan aktiviti pengambilan keuntungan selepas kenaikan sejak beberapa sesi dagangan lepas.

Di Jepun, Nikkei ditutup rendah 0.62% dengan Shanghai komposit turut merosot 0.62%.

Indeks Hang Seng di Hong Kong pada awalnya jatuh 0.11%, namun berjaya mendapat semula keuntungan dan ditutup 0.08% lebih tinggi. Indeks Straits Times di Singapura pada mulanya jatuh 0.06% dan ketika ini merekod keuntungan 0.04% setakat pukul 4.26 pm.

Kejatuhan dalam pasaran China berlaku selepas data pertumbuhan menunjukkan peningkatan pada Isnin di samping data pengeluaran industri yang jauh melebihi jangkaan.

Di Australia ASX200 jatuh sehingga 1.18% pada penutupan Selasa ditekan oleh kaunter-kaunter tenaga, IT dan perbankan. AUSUSD ketika ini meneruskan kenaikan apabila prestasi pasaran komoditi utama Australia meningkat di samping perkembangan positif dalam minit mesyuarat yang dikeluarkan pagi tadi.

Prestasi pasaran ekuiti Eropah juga lemah dalam pembukaan pukul 3.00 pm di mana majoriti pasaran utama Eropah dibuka lebih rendah.

DAX di Jerman setakat ini susut 0.17% dengan CAC40 di Perancis naik 0.11%.

Di UK, FTSE100 naik 0.22% setakat pukul 4.38 pm.

Walaubagaimanapun, indeks STOXX600 yang menggabungkan 600 syarikat besar di seluruh Eropah merosot 0.32% menunjukkan prestasi hambar pasaran Eropah secara keseluruhan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat