Prestasi Supermax Bak ‘Hujan Monsun’

270

Supermax Corp Bhd, yang didagangkan buat kali pertama dalam indeks konstituen FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada Isnin lalu, kini menjadi kaunter paling untung untuk tahun semasa dalam kalangan 30 saham KLCI selepas melonjak lebih 900% antara 1 Januari dan semalam.

Top Glove Corp Bhd menduduki tangga kedua dalam senarai berkenaan.

Berdasarkan pembentangan pelabur terbaharu Top Glove, harga saham Supermax telah merekodkan peningkatan sebanyak 917.81% bagi tahun semasa selepas ditutup pada RM6.92 semalam.

Sebuah lagi syarikat pengeluar sarung tangan, Hartalega Holdings Bhd berada di tempat ketiga selepas harga sahamnya meningkat 132.12% bagi tahun semasa selepas ditutup pada RM12.72 semalam.

Penyertaan Supermax dalam KLCI bermakna syarikat itu telah menyertai Top Glove dan Hartalega selepas kedua-dua syarikat terbabit tersenarai dalam KLCI lebih awal berikutan peningkatan harga saham ekoran pandemik Covid-19.

Nilai modal pasaran syarikat pengeluar sarung tangan meningkat seiring dengan harga sahamnya gara-gara Covid-19 sekali gus menyebabkan jangkaan permintaan sarung tangan getah yang lebih tinggi untuk mengekang pandemik tersebut dan memberikan prospek pendapatan yang lebih baik bagi firma-firma terbabit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat