Prestasi Wall Street Terus Cemerlang Selepas Kenaikan Kadar Agresif Oleh Fed

144

Saham di pasaran utama Amerika Syarikat (AS), Wall Street melantun daripada sesi kerugian awal apabila pelabur mencerna impak kenaikan kadar yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) terhadap ekonomi.

Fed telah mengumumkan kenaikan 0.25% dari kadar faedah hampir sifar pada Rabu, kenaikan pertama sejak 3 tahun dalam usaha membendung kenaikan harga.

Fed turut mengunjurkan 6 kali lagi kenaikan kadar pada tahun ini, seterusnya mencetus kebimbangan pelabur mengenai kesan tersebut terhadap pertumbuhan ekonomi.

Hasil perbendaharaan AS berada di bawah paras tertinggi 3 tahun pada Khamis sementara keluk hasil meningkat daripada paras mendatar dalam tempoh lebih 2 tahun.

Penanda aras hasil 10 tahun dan 2 tahun berada pada 2.1653% dan 1.969%.

Menurut Thomas Hayes, pengerusi Great Hill Capital New York, pengunjuran Fed tersebut merupakan kejutan besar, ia adalah kenaikan dovish tetapi secara retoriknya hawkish.

Tambahnya, muncul jangkaan di mana apabila Fed menetapi unjuran tersebut, keluk hasil akan menyongsang dan kemelesetan terjamin.

Fokus Wall Street tertumpu kepada indeks-indeks utama yang melantun dari kerugian hasil dorongan sektor penjagaan kesihatan, keperluan pengguna, teknologi dan kewangan.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 1.23% pada 34,480.76, S&P 500 capai 1.23% pada 4,411.67 dan Nasdaq Composite tambah 1.33% pada 13,614.78.

Saham Eropah turut mencatat keuntungan di sebalik sesi dagangan yang tidak menentu ekoran kenaikan kadar oleh Fed dan Bank of England (BOE).

Indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 0.45% sementara tolok saham MSCI seluruh dunia capai 1.77%.

Dalam pada itu, harga minyak naik lebih 8% dengan penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent lonjak 8.79% pada $106.64 setong dan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) canak 8.35% pada $102.98 setong.

Indeks dolar yang mengukur sejumlah 6 mata wang lain turun 0.47% pada 98.026.

Emas naik 1% dengan spot emas tambah 0.7% pada $1,942.04 per auns dan niaga hadapan emas AS capai 1.62% pada $1,939 per auns.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat