Preview News Besar Data Inflasi CPI Amerika Syarikat Malam Ini

134

Kini perhatian pasaran terarah kepada data inflasi (CPI) Amerika Syarikat pada Rabu yang akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam. Ada dua jenis data indeks harga pengguna yang akan dikeluarkan iaitu CPI dan Core-CPI. Pasaran akan fokus kepada kedua-dua data tersebut.

Data ini dijangka akan menggerakkan pasaran tukaran matawang (forex) khususnya US dolar jika terdapat perbezaan data yang signifikan berbanding dengan jangkaan pasaran. Berikut adalah jangkaan pasaran untuk data kali ini:

Data CPI: Pasaran menjangka terdapat kenaikan 0.4% secara bulanan (m/m) berbanding bacaan sebelum ini yang hanya naik sebanyak 0.1%.

Data Core-CPI: Pasaran menjangka data ini naik 0.2% (m/m) tidak berubah daripada kenaikan sebelum ini pada Oktober.

Untuk pengetahuan anda data jangkaan di atas adalah ramalan secara keseluruhan pasaran yang telah mengambil kira pendapat daripada sekumpulan penganalisis pasaran.

Jika terdapat perbezaan yang signifikan dengan data jangkaan pasaran, pasangan matawang US dolar dijangka bergerak lebih laju. Perbezaan signifikan di sini bermaksud, dengan jangkaan CPI naik 0.4%, data sebenar malam ini adalah 0.6% atau meleset daripada jangkaan dengan bacaan 0.2%.

Jika data malam ini melebihi jangkaan dengan bacaan 0.6%, ia sudah tentu akan melonjakkan US dolar dan jika data meleset daripada jangkaan dengan bacaan 0.2% US dolar akan menjunam.

Manakala jika data menepati jangkaan pasaran, sebarang kenaikan atau kejatuhan US dolar dijangka terhad.

Di sini kami selitkan jangkaan bacaan data inflasi oleh beberapa bank terkemuka dunia:

Barclays

  • Barclays menjangka bacaan inflasi CPI naik 0.4% secara bulanan (m/m) dan tahunan (y/y) naik 2.3%. Untuk Core-CPI, ia dijangka naik 0.2% secara bulanan dan 1.8% secara tahunan.

HSBC

  • Terdapat bukti inflasi harga sewa telah stabil baru-baru ini selepas bacaan yang lemah pada awal tahun. Kenaikan bulanan dalam indeks harga sewa dalam tempoh Januari sehingga Mei adalah 0.22%, dan meningkat 0.29% dari Jun hingga Oktober. Kenaikan yang pantas dalam harga sewa mungkin akan menjadi faktor utama dalam prospek inflasi teras (Core-CPI).
  • HSBC meramalkan Core-CPI naik 0.2% dengan bacaan tahunan (y/y) kekal 1.8%. CPI dijangka naik 0.4%, dipacu kenaikan harga gasolin 6.8%. Bacaan tahunan dijangka naik 2.2%.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat