Preview News Besar F.O.M.C Awal Pagi Nanti – Pasaran Jangka Tiada Perubahan

0 970

Penetapan polisi Federal Reserve (The Fed) akan menjadi tumpuan pasaran pada awal pagi Khamis di mana kenyataan polisi akan dikeluarkan pada pukul 2 pagi. Tiada sidang media oleh Powell dan tiada unjuran terbaru terhadap data ekonomi yang akan dikeluarkan dalam mesyuarat kali ini. Oleh itu, tumpuan pasaran akan fokus kepada kenyataan dasar monetari bank pusat.

Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell telah menunjukkan isyarat bahawa Fed berkemungkinan akan menghentikan sementara kenaikan kadar faedah jika perlu. Terdapat perdebatan antara ahli bank pusat yang berkisar tentang bilakah ia perlu dihentikan.

Antara cabaran utama kepada halatuju pengetatan dasar The Fed adalah “kritikan Trump terhadap dasar monetari” dan ia dikhuatiri memberi kesan kepada pembuat dasar. Ketika ini, potensi kenaikan kadar faedah Fed Fund Rate untuk bulan September berada pada paras 80% dengan potensi kenaikan keempat (Disember) berada pada kadar 60%.

Untuk pengetahuan anda, pasaran sememangnya tidak menjangka perubahan dasar awal pagi nanti dan ia telah diserap (priced-in) sepenuhnya.

Dalam menganalisis keputusan FOMC – Terdapat dua perkara yang akan diambil kira oleh Fed iaitu gunatenaga (employment) dan inflasi. Pasaran pekerjaan seperti yang kita tahu semakin ketat (baik), di mana kadar inflasi keutamaan bank pusat iaitu Core-PCE bergerak di sekitar sasaran 2.0%.

Pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pula semakin kukuh pada suku kedua 2018 naik daripada hanya 2.0% kepada 4.1%.

Dengan mengambil kira keadaan semasa ekonomi khususnya indikator ekonomi, tidak banyak yang kita boleh jangkakan terhadap perubahan dasar atau panduan (guidance) oleh bank pusat. Oleh itu, isu utama yang perlu kita ambil kira adalah perang-dagang AS-China, sama ada ia akan diperkatakan oleh Fed dalam kenyataan dasar.

Powell dalam keterangannya di hadapan Kongres AS bulan lalu telah menyatakan, “Sukar untuk menjangka hasil daripada dasar perdagangan,” tambahnya ketegangan akan memberi kesan buruk kepada ekonomi.

Oleh itu, satu-satunya perkara penting yang perlu kita ambil kira pada awal pagi nanti adalah isu perdagangan. Jika ada isyarat tentang perkara ini dalam kenyataan dasar – berkemungkinan akan terdapat pergerakan signifikan kepada matawang US dollar.

Walaubagaimanapun, jika terdapat perubahan panduan oleh bank pusat terhadap hala-tuju pengetatan dasar – Ia dijangka memberi banyak kesan kepada US dollar.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa