Preview News Besar FOMC: Adakah US Dolar Akan Bergerak Laju Pagi Nanti?

57

Federal Reserve (Bank pusat US) dijangka mengekalkan kadar faedah pada Khamis 2 pagi nanti dengan spekulasi masih bertiup kencang tentang siapakah yang akan menggantikan Janet Yellen tahun depan.

Dalam kenyataan polisi Fed nanti, bank pusta tersebut dijangka memberi isyarat pengukuhan ekonomi dan juga semakin hampir untuk menaikkan kadar faedah bulan depan.

The Fed telah menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali sejak Januari dan menjangka ada satu lagi kenaikan kadar faedah tahun ini sebagai salah satu daripada kitaran pengetatan sejak lewat 2015. Fed pertama kali menaikkan kadar faedahnya pada penghujung 2015 sejak krisis sub-prima 2008.

Apa tumpuan pasaran?
  • Pasaran akan meneliti jika ada pengesahan daripada Fed tentang kenaikan kadar faedah Disember, walaupun tumpuan jangka panjang ketika ini terarah kepada calon yang menggantikan Yellen.
  • Jika fed menunjukkan keyakinan bahawa kadar faedah akan dinaikkan bulan depan, US Dolar akan mengukuh.
  • Presiden Trump sebelum ini telah menemu duga Yellen, Jerome Powell dan tiga calon yang lain. Sejak bulan lalu, banyak spekulasi tentang calon yang paling cenderung akan dipilih. Perkara ini sedikit sebanyak telah menyebabkan pergerakan yang tidak menentu kepada US dolar.
  • Powell yang juga gabenor dalam The Fed adalah calon paling berpotensi akan menggantikan Yellen tahun depan. Beliau adalah seorang yang ‘centrist’ dalam penetapan polisi monetari yang bermaksud sering mempunyai pendirian yang sama dengan majoriti ahli The Fed yang lain khususnya dalam undian penetapan polisi.
Kebimbangan terhadap INFLASI
  • Ekonomi Amerika Syarikat semakin kukuh sejak beberapa bulan lalu dengan pertumbuhan ekonomi (GDP) yang semakin meningkat dan pasaran pekerjaan semakin kukuh. Namun, data ekonomi tumpuan bank pusat (inflasi) masih lagi bergerak di bawah sasaran 2%.
  • Ekonomi dengan tidak dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi 3.0% pada suku ketiga seperti dalam data yang dikeluarkan minggu lalu.
  • Walaupun jumlah pekerjaan merosot sebanyak 33,000 bulan lalu, ia adalah disebabkan oleh bencana ribut taufan yang melanda Texas dan Florida.
  • Inflasi adalah tumpuan utama bank pusat yang masih lemah sehingga kini. Data inflasi keutamaan The Fed (Core PCE price Index) masih tidak berubah dari kadar 1.3%.
  • Bank pusat yang mahu menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur juga dijangka tidak akan mengubah pendirian sebelum ini. Namun, jika terdapat perubahan, ia sudah tentu akan menyebabkan pergerakan besar terhadap US dolar.

 

Dapatkan buku analisis fundamental & teknikal di sini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat