Preview News Besar FOMC Federal Reserve Pukul 3 Pagi Nanti

160

Pembuat polisi The Federal Reserve telah memulakan mesyuarat dua hari mereka dan akan mengumumkan polisi semasa monetari Amerika Syarikat pada Khamis 3 pagi waktu Malaysia.

Apa yang perlu kita tahu adalah kenaikan kadar faedah pada pagi nanti telah dijangka sejak beberapa bulan yang lalu. Terdapat juga spekulasi bahawa kenaikan kadar faedah ini telah diserap oleh pasaran (priced-in) dan disebabkan itu tumpuan pasaran malam ini adalah kepada nada yang akan diperkatakan oleh pengerusi The Fed.

Mesyuarat kali ini juga akan membentangkan analisis ‘dot-plot’ yang akan menunjukkan berapakah kenaikan kadar faedah yang diunjurkan oleh Fed pada 2018. Hal ini penting untuk pasaran melihat potensi kenaikan kadar tahun depan dan sudah tentu ia akan menjadi faktor terbesar penggerak US dolar jika terdapat perbezaan dengan unjuran sebelum ini.

The Fed juga telah mula mengurangkan pegangan bon $4.5 trillion sejak Oktober tahun ini walaupun dengan inflasi yang masih sukar meningkat. Walaupun begitu, pembuat polisi masih menjangka tiga kali kenaikan kadar faedah pada tahun ini. Disebabkan jangkaan pasaran sejak beberapa bulan lalu bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah pada Disember, kenaikan kadar faedah kali ini dianggap kurang signifikan.

Pasaran akan meneliti analisis ‘dot plot’ sama ada ia akan terus menunjukkan potensi tiga kali kenaikan kadar faedah pada 2018.

Sebelum ini Yellen sendiri mengatakan bahawa beliau tidak pasti dengan tren inflasi di Amerika Syarikat dan kenapa ia masih di bawah sasaran 2%.

Kesan Kepada Pasaran Tukaran Matawang

Apa yang anda perlu beri perhatian adalah kesemua meklumat yang ada tentang mesyuarat bank pusat pagi nanti. Dan beri tumpuan kepada apa yang tidak pernah diperkatakan oleh The Fed. Kerana pasaran forex biasanya akan memberi reaksi yang besar kepada maklumat yang tidak pernah diperkatakan.

Kita akan melihat bait-bait penting dalam kenyataan polisi The Fed pagi nanti. Jika perkataan ‘gradual’ (beransur-ansur) yang merujuk kepada pengetatan polisi dipotong atau dibuang, ia sudah tentu akan mengejutkan US dolar yang akan melonjakkan matawang Greenback. Namun, potensi perkataan itu dibuang atau dipotong dari kenyataan polisi adalah sangat kecil.

Satu lagi kejutan kepada US dolar adalah perubahan jumlah kenaikan kadar faedah pada 2018 berbanding unjuran yang dibuat sebelum ini. Jika jumlah kenaikan kadar faedah yang ditunjukkan oleh ‘dot plot’ lebih daripada 3 kali, ia akan melonjakkan US dolar, namun jika kurang daripada itu akan menekan US dolar.

Unjuran terhadap inflasi juga akan diteliti oleh pasaran. Jika unjuran yang dibuat menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini ia sudah tentu baik kepada US dolar. Kerana kenaikan inflasi akan memberi tekanan kepada kenaikan kadar faedah. Sebaliknya, jika unjuran diturunkan, ia akan menyebabkan US dolar jatuh.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat