PREVIEW News Besar FOMC: Minit Mesyuarat Fed Jadi Tumpuan Hari Ini

2,244

Mesyuarat FOMC sebelum ini telah mengekalkan kadar faedah di Amerika Syarikat di paras 1.50% dengan komen Federal Reserve yang lebih hawkish. Dengan komen yang hawkish pada 31 Januari lalu telah menyebabkan kenaikan US dolar dan komen positif itu jelas dilihat dalam kenyataan polisi The Federal Reserve (bank pusat Amerika).

Dalam mesyuarat bulan lalu, bank pusat sebanyak dua kali berkata akan ‘melanjutkan perubahan polisi secara beransur-ansur’ dalam kadar faedah berbanding komen dalam mesyuarat Disember hanya ‘perubahan polisi secara beransur-ansur’. Ini menunjukkan komitmen The Fed untuk meneruskan fasa pengetatan polisinya.

Minit mesyuarat yang dikeluarkan pada Khamis (3 pagi) akan meletakkan lebih banyak isyarat tentang perancangan The Fed khususnya dalam kenaikan kadar faedah. Untuk pengetahuan anda mesyuarat Januari lalu adalah mesyuarat terakhir yang dipengerusikan Janet Yellen, di mana beliau telah digantikan oleh Jerome Powell.

Kini pasaran melihat potensi kenaikan kadar faedah The Fed untuk tahun 2018 naik daripada hanya 3 kali kepada 4 kali kenaikan kadar faedah. Kita juga bakal melihat isyarat tentang perdebatan ahli-ahli FOMC sama ada mahu menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali atau empat kali, walaupun sebenarnya The Fed hanya mengunjurkan tiga kali kenaikan kadar faedah pada tahun ini seperti yang telah diumumkan pada mesyuarat Disember 2017.

Dalam mesyuarat terakhir Janet Yellen, ahli FOMC mengekalkan kadar faedah dengan meningkatkan penilaian terhadap ekonomi Amerika dan menunjukkan keyakinan bahawa inflasi akan mencapai sasaran 2% berikutan prestasi ekonomi yang memberangsangkan.

Untuk pengetahuan pembaca, antara penyebab kenaikan US dolar baru-baru ini khususnya sejak Jumaat lalu adalah peningkatan potensi kenaikan kadar faedah untuk bulan Mac ke paras 83.1%. Selain itu, majoriti penganalisis ekonomi juga menjangkan empat kali kenaikan kadar faedah The Fed pada tahun ini.

Kesimpulan daripada preview kali ini, pasaran masih perlu mendapatkan lebih banyak isyarat tentang pengetatan polisi khususnya kenaikan kadar faedah The Fed tahun ini. Jika keyakinan terhadap kenyataan mesyuarat Januari lalu semakin bertambah dengan minit mesyuarat pagi nanti, dijangka US dolar akan terus mengukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat