PREVIEW News Besar: Jerome Powell di Kongres Event Paling Berisiko Minggu Ini

1,827

US dolar hari ini bergerak sedikit rendah khususnya dalam pembukaan pasaran Eropah dengan pair EUR/USD, GBP/USD menguat. Walaubagaimanapun US dolar menguat berbanding matawang AUD dan NZD dengan data ‘trade balance’ (imbangan dagangan) daripada New Zealand pukul 5 pagi tadi merekodkan bacaan yang negatif.

Secara keseluruhan pergerakan pasaran pada hari Isnin lebih kepada ‘teknikal’ dengan tidak banyak berita dan data ekonomi penting yang dikeluarkan. Hari Selasa pasaran akan lebih banyak tertumpu kepada keterangan yang dibuat oleh pengerusi baru Fed Jerome Powell di Kongres Amerika Syarikat. Jadual keterangan beliau seperti di bawah:

Jerome Powell akan berada di Kongres pada Selasa dan Khamis untuk memberi keterangan tentang ekonomi dan polisi Federal Reserve.

Adakah Powell akan menyebabkan kenaikan USD?

Semuanya akan terjawab pada pukul 11 malam ini di mana teks ucapan beliau akan dikeluarkan lebih awal iaitu pukul 9.30 malam. Pasaran melihat keterangan Powell di Kongres adalah yang paling penting minggu ini. Sebabnya adalah, ini kali pertama Powell akan menerangkan tentang ekonomi dan polisi sebagai Pengerusi The Fed yang baru. Sudah pasti Powell lebih berkuasa dalam penggubalan polisi monetari Amerika Syarikat.

Ketika ini, pasaran menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah lebih daripada 3 kali dan ada juga yang menjangka bank pusat menaikkan kadar sehingga lima kali tahun ini. Jika komen yang diberikan oleh Powell malam ini tidak menggambarkan apa yang dijangkakan oleh pasaran, dalam kata lain jika beliau bersikap ‘dovish‘ terhadap polisi, US dolar dijangka akan melemah.

Pasaran akan meneliti komen-komen Powell sama ada terdapat perbezaan dengan komen yang dibuat oleh ahli Fed yang lain baru-baru ini. Komen dari ahli Fed yang lain baru-baru ini secara umumnya menyokong kepada kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur. Jika komen beliau tidak menunjukkan kenaikan kadar faedah beransur-ansur, ia dijangka akan melemahkan US dolar pada malam ini.

Sebaliknya, jika komen yang diberikan oleh beliau adalah hawkish, contohnya yang menyokong kenaikan kadar faedah lebih daripada 3 kali, US dolar dijangka akan menguat.

Ok, peringatan terakhir untuk anda – Powell akan berhadapan dengan Kongres di mana beliau akan menjawab segala persoalan dari ahli politik AS pada pukul 11 malam. Teks ucapan beliau juga akan jadi perhatian pasaran, di mana kita akan melihat pergerakan US dolar seawal pukul 9.30 malam semasa teks ucapan beliau dikeluarkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat