[Preview] News Besar Matawang Euro: Penetapan Dasar Monetari ECB

940

European Central Bank (ECB) dijangka akan mengekalkan dasar monetarinya pada pukul 7.45 petang pada Khamis. Bank pusat itu juga dijangka membuat sedikit perubahan kepada panduan (guidance) dalam usahanya mengurangkan amaun pembelian bon pada tahun ini.

Tumpuan akan lebih terarah kepada sidang media oleh Mario Draghi pada pukul 8.30 malam.

Dengan inflasi membuat kenaikan semula dan pertumbuhan ekonomi bergerak pada kadar baik sejak beberapa bulan yang lepas, ia dilihat wajar untuk ECB meneruskan pengurangan pembelian bon.

Selain itu, Presiden ECB, Mario Draghi juga dijangka akan terus menjelaskan bahawa pertumbuhan ekonomi cukup kukuh untuk menghasilkan inflasi dan menyerap kapasiti berlebihan yang ada di dalam ekonomi.

Seperti yang telah diputuskan, ECB akan menegaskan semula bahawa bank pusat itu akan mengurangkan amaun pembelian bon kepada €15 billion bermula pada Oktober.

Dalam penetapan dasar monetari kali ini juga akan terdapat ramalan terhadap ekonomi Zon-Eropah.

Walaupun, Draghi dilihat begitu yakin kepada ekonomi, tetapi bank pusat itu dijangka akan menurunkan beberapa ramalan terhadap data ekonomi. Hal ini berikutan beberapa data ekonomi yang kurang memberangsangkan beberapa bulan lalu.

Draghi juga dijangka akan memberi maklumat lanjut tentang bagaimana mereka akan melaburkan semula dana daripada bon yang telah matang.

“Ia jelas data inflasi baru-baru ini tidak menunjukkan ECB perlu mengubah pendirian yang berhemah, sabar dan persisten,” demikian kata Dirk Schumacher pemerhari ECB di Natixis Frankfurt. “Walaubagaimanapun, satu-satunya peningkatan yang dapat dilihat adalah kepada inflasi-teras selepas peningkatan pendapatan, yang mana naik secara jelas sejak awal tahun ini.”

“Kami menjangka akan ada soalan tentang bagaimana bank pusat akan melaburkan semula dana daripada bon yang telah matang,” kata Franck Dixmier, ketua pendapatan tetap global di Allianz GI.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat