[Preview] News Besar Penetapan Dasar Monetari Bank of England Petang Ini

523

Bank of England (BoE) akan menetapkan dasar monetari pada Khamis dengan pasaran secara keseluruhan menjangka kadar faedah akan dikekalkan dan tiada perubahan signifikan kepada dasar kewangan bank pusat itu. Bank pusat itu akan mengeluarkan keputusan mesyuarat tepat pada pukul 7 petang.

 

Selepas menaikkan kadar faedah dengan kenyataan yang dovish sebelum ini, beberapa perkataan seperti ‘gradual’ (beransur-ansur) dan ‘limited’ (terhad) dijangka akan dikekalkan dalam kenyataan dasar monetari.

 

Kita jangka bank pusat akan berada pada posisi ‘tunggu dan lihat’ selepas menaikkan kadar faedah ke paras 0.75% pada Ogos. Untuk pengetahuan anda, kadar dinaikkan bulan lalu walaupun dengan ketidaktentuan Brexit.

 

Pasaran setakat ini menjangka kenaikan kadar faedah seterusnya adalah pada Mei 2019.

Data ekonomi sebelum ini dilihat bercampur-campur tetapi dengan data gaji/pendapatan yang meningkat baru-baru ini. Ia dilihat tidak cukup untuk meyakinkan ahli MPC (Monetary Policy Committee) untuk menaikkan kadar faedah atau pun mengurangkan amaun pembelian bon.

 

Walaupun perkembangan Brexit agak positif, namun bank pusat perlu berhati-hati kerana ini bukanlah kali pertama Barnier (Ketua Perunding Brexit EU) memberi harapan kepada pasaran. Michel Barnier pada Isnini berkata perjanjian Brexit boleh dicapai dalam tempoh 6-8 minggu yang mana melonjakkan matawang Sterling ketika itu.

 

Bank of England dijangka akan menunggu keputusan penuh perjanjian sama ada dimeterai atau sebaliknya sebelum mempertimbangkan kesannya kepada dasar monetari UK. Oleh itu, kita jangka BoE akan mengulangi kenyataan tentang risiko Brexit kepada ekonomi.

 

Apa yang akan menjadi tumpuan adalah bentuk undian yang terhasil pada petang ini, sama ada terdapat ahli BoE yang mengundi kenaikan kadar faedah atau sebaliknya. Selain itu, penelitian juga perlu diberikan kepada komen tentang kedudukan Sterling oleh Gabenor Carney.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat