PREVIEW News Besar Penetapan Polisi ECB Pukul 7.45 Malam Ini

75

European Central Bank (ECB) akan mengumumkan polisi semasa malam ini pukul 7.45 pm dan dikuti dengan sidang media yang akan diadakan 45 minit selepas itu. Para pelabur akan memberi perhatian kepada kenyataan polisi dan sidang media bagi mendapatkan isyarat baru program rangsangan bank pusat di masa hadapan.

Ketika ini bank pusat Eropah menetapkan kadar faedah (bid rate) di paras -0.10% dan program pembelian bon yang dikenali juga sebagai ‘Quantitative Easing‘ (QE) berjumlah 60 billion Euro. Jika dikaji daripada komen-komen yang dibuat sebelum ini, bank pusat dijangka akan mengekalkan program rangsangan ini sehingga akhir tahun 2017 “atau melebihi tempoh itu jika perlu”.

Dalam ucapan Draghi di Sintra, Portugal bulan lalu, beliau memberikan komen hawkish yang memberi isyarat kepada kebarangkalian perubahan dalam pembelian aset yang telah menyokong EURUSD mencapai paras tertinggi 14-bulan lepas.

Hasil-bon Jerman telah meningkat sejak tiga minggu lalu selepas ucapan di Sintra di mana jangkaan kenaikan kadar faedah yang semakin tinggi sekaligus menolak harga ke bawah.

Draghi menjelaskan inflasi yang rendah mungkin hanya sementara, dan juga menegaskan bank pusat perlu berhati-hati dalam mengubah polisi monetari.

Jangkaan bahawa ECB semakin hampir kepada ‘tapering‘ disokong sekali lagi dengan kenyataan dalam minit mesyuarat (7-8 Jun) yang menunjukkan pembuat polisi membincangkan tentang memotong kenyataan yang cenderung kepada pelonggaran.

Walaubagaimanapun, jika dilihat daripada komen-komen ahli Governing Council ECB seperti Villeroy, pendapat beliau sejajar dengan Draghi di mana ekonomi masih memerlukan rangsangan ekonomi yang tinggi.

Sasaran inflasi ECB adalah 2% di mana bank pusat masih enggan mengurangkan pelonggaran apabila inflasi mencapai paras 2% pada Februari dan 1.9% pada April. Ini dilihat wajar apabila inflasi terkini pada Jun jatuh kepada 1.3%. Inilah sebenarnya kebimbangan ECB apabila trend inflasi tidak bergerak kukuh atau boleh bertahan di paras tertinggi dengan sendirinya tanpa rangsangan monetari.

Sebelum ini ECB juga berkata, mereka perlu menunggu lebih banyak bukti kukuh bahawa dinamika inflasi boleh bergerak dengan kukuh dan bertahan tanpa rangsangan sebelum mengambil kira untuk pelonggaran polisi. Oleh sebab itu, ECB menegaskan rangsangan monetari yang besar masih lagi diperlukan.

Untuk melihat sama ada Euro mengukuh atau sebaliknya malam ini, ia akan bergantung kepada sama ada terdapat perubahan dalam kenyataan polisi monetari pukul 7.45 pm dan juga apa yang akan diperkatan oleh Draghi dalam sidang media selepas 45 minit kenyataan polisi dikeluarkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat