Preview News Besar Untuk Matawang Euro Oleh Penetapan Polisi ECB Malam Ini!

1,811

Forex trader hari ini akan fokus kepada news besar daripada Eropah iaitu mesyuarat ECB yang dijangka akan mengumumkan polisinya pada pukul 8.45 malam, seterusnya diikuti dengan sidang media Mario Draghi (Presiden ECB) pada pukul 9.30 malam.

Pergerakan pair EUR/USD agak mendatar (sideways) jika dilihat dalam time-frame Daily sejak daripada awal tahun 2018. Sebelum ini, pair EUR/USD bergerak dalam tren menaik yang jelas dilihat sepanjang tahun 2017. Salah satu sebab utama kenaikan ini adalah jangkaan pasaran terhadap ‘tapering’ oleh European Central Bank (ECB) disebabkan data-data ekonomi Zon-Eropah yang memberangsangkan.

Walaubagaimanapun, pasaran merasa sedikit ragu untuk terus membeli matawang Euro kerana kenaikan yang mencapai paras yang begitu tinggi, lebih-lebih lagi sehingga mencapai 1.2500. Kebimbangan pelabur adalah rasional, apabila ECB sendiri mengatakan kenaikan berterusan matawang Euro akan mengganggu pemulihan ekonomi.

Pasaran baru-baru ini juga berhati-hati dengan situasi politik di Eropah terutamanya pilihanraya Itali. Dengan kemenangan parti berideologi anti-EU yang dilihat akan menyebabkan Mario Draghi tidak banyak mengubah polisi ECB pada kali ini.

Apa yang trader perlu Fokus malam ini?

Pertama sekali trader akan melihat kenyataan polisi ECB yang dikeluarkan pada pukul 8.45 malam, di mana kita mungkin akan melihat pergerakan yang drastik jika terdapat perubahan kenyataan oleh ECB kali ini. Anda cuma kena bandingkan kenyataan polisi sebelum ini dengan apa yang akan dikeluarkan malam ini.

Malam ini antara yang akan menjadi tumpuan pasaran adalah unjuran terbaru ekonomi oleh ECB. Jika jangkaan terhadap inflasi dinaikkan, ia sudah tentu akan menyebabkan kenaikan matawang Euro dan begitu juga sebaliknya.

Tetapi apa yang trader perlu ambil kira adalah kenyataan secara keseluruhan. Adakah ECB menunjukkan isyarat yang hawkish untuk polisi monetari di masa hadapan? Ini yang penting untuk kita menentukan kecenderungan pergerakan matawang Euro sama ada naik atau turun.

Trader juga akan fokus kepada komen ECB tentang matawang Euro. Adakah kekuatan matawang Euro akan mengganggu pengukuhan ekonomi Zon Eropah? Jika ECB berkata kenaikan matawang Euro mengurangkan pengukuhan ekonomi, ia dijangka akan menyebabkan Euro melemah. Manakala, jika ECB dilihat tidak begitu bimbang ia tidak akan, maknanya di sini ia akan sedikit menyokong matawang Euro.

Tetapi tumpuan utama masih kepada komen ECB terhadap polisi monetari khususnya pengurangan pembelian bon di masa hadapan.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat