Preview NFP Malam Ini, Adakah US Dolar Akan Menguat?

83

Malam ini satu lagi data ‘Impak Tinggi’ akan dikeluarkan oleh US iaitu Data Pekerjaan selepas kita menyaksikan ‘News‘ penetapan kadar oleh The Fed atau lebih dikenali sebagai ‘News FOMC‘ pada Khamis. Data pekerjaan atau selalu disebut sebagai NFP (Non Farm Payroll) ini akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam ini.

Pasaran menjangkakan jumlah pekerjaan akan meningkat 170k, yang mana lebih tinggi dari jumlah 156k yang dicatatkan bulan lalu. Kadar pengangguran (unemployment rate) pula dijangka kekal pada kadar 4.7%, manakala ‘purata gaji per jam’ (Averaged hourly earnings) susut kepada 0.3% dari 0.4% yang dicatatkan bulan lalu.

Biasanya data pekerjaan yang lebih tinggi dari jangkaan akan mempunyai impak yang begitu signifikan kepada pasaran global khususnya US dolar. Sebelum ini satu lagi data yang boleh dijadikan petunjuk kepada data malam ini ialah ADP-NFP yang mencatatkan kenaikan 246k lebih dari jangkaan 165k. Data ADP-NFP kali ini merupakan yang tertinggi sejak Januari 2016.

Dalam data sebelum ini yang telah dikeluarkan pada 6 Januari 2017, walaupun jumlah pekerjaan kurang dari jangkaan pasaran US dolar masih meneruskan kenaikan disebabkan data ‘purata gaji per jam’ (Averaged hourly earnings) mencatatkan kenaikan 0.4% lebih dari jangkaan 0.3% dan penyusutan 0.1% pada bulan sebelum.

Kenapa hal ini boleh berlaku?

Pasaran lebih memberi perhatian kepada data pendapatan gaji iaitu ‘purata gaji per jam’ (Averaged hourly earnings) yang mampu memberi kesan kepada suasana inflasi di US. Dengan pasaran pekerjaan yang terus kukuh sejak 2016, Federal Reserve kini memberi perhatian kepada komponen ‘gaji’ yang mampu memberi tekanan kepada inflasi. Hal ini berikutan inflasi yang tinggi akan menyebabkan potensi kenaikan kadar oleh The Fed seterusnya menguatkan US dolar.

Oleh itu, malam ini sekali lagi pasaran akan menumpukan kepada data ‘purata gaji per jam’ (Averaged hourly earnings), di mana data yang lebih tinggi dari jangkaan mampu menguatkan US dolar. Ketika ini kadar pengagguran (Unemployment rate) tidak begitu menjadi perhatian, kecuali terdapat perubahan besar dalam data.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat