Preview Penetapan Kadar Bank of England Malam Ini

31

UK kini berhadapan dengan ketidaktentuan Brexit, pilihanraya dan data bercampur-campur yang memberi sedikit kecelaruan di dalam pasaran domestik. Gabenor BoE Mark Carney dan ahli MPC yang lain dijangka memberi kenyataan tunggu dan lihat di mana mereka akan menunggu lebih banyak situasi menjadi jelas sebelum menaikkan kadar faedah.

BoE (Bank of England) akan mengeluarkan pengumuman polisi pukul 7 malam ini di mana akan diikuti oleh ucapan Gabenor Carney.

Tahun lepas BoE mengubah polisinya dengan memotong kadar dan juga menghidupkan semula program pembelian bon sebelum referendum Brexit pada Jun 2016.

Belum ada tanda-tanda ekonomi yang semakin perlahan tetapi ada satu perkara yang harus diberi perhatian oleh BoE iaitu perbelanjaan pengguna semakin merosot disebabkan kenaikan inflasi, berikutan kejatuhan nilai Pound.

Kini inflasi di UK bergerak melebihi sasaran 2% dan dijangka akan mencapai 3% tahun ini yang menjadi kebimbangan sesetengah pembuat polisi. Disebabkan hal ini, dalam mesyuarat sebelum Kristin Forbes mengundi bagi menaikkan kadar di mana beberapa ahli yang lain hampir mengikuti beliau.

Tetapi pasaran masih menjangkakan BoE hari ini akan mengekalkan kadarnya di paras 0.25% dengan undian 7-1.

Bekas ahli MPC Bank of England Sushil Wadhwani berkata, tiada petunjuk bahawa impak inflasi dari kejatuhan nilai Pound mengurangkan kadar gaji.

“Jika penggunaan melemah dan keputusan pelaburan pula ditangguhkan, jadi ini akan menyebabkan pertumbuhan semakin perlahan,” tambahnya.

Sukar untuk bank pusat membuat keputusan ketika ini dengan ekonomi Britain masih berhadapan dengan ketidaktentuan yang besar di mana Brexit mampu memberi kejutan negatif kepada pertumbuhan ekonomi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat