Preview Penetapan Kadar Bank Pusat Kanada Malam Ini

32

Bank Pusat Kanada (Bank of Canada, BoC) akan menetapkan kadar faedah malam ini pukul 11 malam. Terdapat potensi yang tinggi BoC akan mengekalkan kadar di paras 0.50%. Ketika ini, keyakinan begitu tinggi kepada pertumbuhan ekonomi, tetapi sedikit terganggu oleh tren inflasi semasa.

Dengan ketidaktentuan (uncertainty) dalam ekonomi US ketika ini, BoC dijangka neutral dalam keputusan dan sidang media malam ini. Jangkaan pasaran bagi penetapan kadar BoC malam ini adalah polisi semasa tidak akan diubah dari kadar faedah 0.50%.

Sejak akhir-akhir ini, data ekonomi Kanada agak bercampur-campur, dan data eksport akan menjadi kunci utama dalam laporan ekonomi malam ini. Hal ini berikutan, pengurangan jangkaan eksport pada Oktober yang memberi potensi pelonggaran polisi BoC.

Data perdagangan terbaru pula mencatatkan bacaan positif dengan lebihan imbangan perdagangan (trade surplus) sebanyak $0.5 billion pada November. Eksport ke US juga meningkat dalam tempoh ini. Oleh itu, dengan keyakinan tinggi dalam permintaan dari US, BoC dijangka lebih yakin dalam laporan eksport malam ini.

Pasaran pekerjaan juga semakin baik dengan bacaan jumlah pertambahan pekerjaan yang lebih tinggi daripada jangkaan. Kanada menambah sebanyak 50,000 pekerjaan pada Disember, dengan peningkatan yang tinggi dalam pekerjaan sepenuh-masa.

Petunjuk ekonomi penting iaitu inflasi seperti biasa akan menjadi tumpuan BoC dan pasaran. Keyakinan BoC mungkin akan berkurang sedikit berikutan data Disember yang merekodkan kejatuhan dari 1.50% kepada 1.20%.

Pasaran khususnya Usd/Cad dijangka bergerak secara sederhana berikutan jangkaan tiada perubahan dalam polisi monetari Kanada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat