PREVIEW Pilihanraya Umum UK, Apa Kesannya Kepada GBP?

92

Pilihanraya umum United Kingdom akan berlangsung pada Khamis ini 8 Jun yang akan menjadi satu lagi peristiwa bukan-ekonomi yang memberi impak tinggi kepada pasaran.

Tinjauan pendapat yang dijalankan sejak awal kempen pilihanraya menunjukkan sokongan yang tinggi kepada Parti Konservatif, tetapi jarak perbezaan antara dua Parti terbesar semakin mengecil dengan sokongan terhadap Parti Buruh semakin meningkat.

Perbezaan yang semakin hampir ini dan juga perbezaan dalam tinjauan-tinjauan yang dibuat meningkatkan ketidaktentuan kepada hasil pilihanraya sebenar nanti.

Pasaran dilihat bimbang jika kerajaan gagal mendapat sokongan yang lebih banyak dalam pilihanraya mengejut ini sekaligus memberi kesan kepada rundingan rumit Brexit antara UK dan EU. Sebelum ini Perdana Menteri Theresa May mengadakan pilihanraya adalah untuk mengukuhkan kedudukannya di Parlimen bagi memudahkan rundingan Brexit. Oleh itu, jika perkara ini gagal dicapai oleh Theresa May sendiri, ia menunjukkan kelemahan kerajaan UK dan tindakan berjudi jika Parti Buruh berjaya memenangi pilihanraya.

Jika Parti Konservatif gagal menguasai lebih banyak kerusi di Parlimen, Sterling atau matawang Gbp dijangka melemah dan jika Parti Buruh pula dengan tidak disangka berjaya memenangi pilihanraya, hal ini sudah tentu akan menyebabkan kejatuhan Gbp yang lebih mendadak.

Kegagalan Konservatif parti Theresa May memenangi majoriti juga dijangka akan menyebabkan kejatuhan kelas aset pelaburan yang lain di Britain termasuk pasaran bon dan ekuiti.

Keputusan daripada pilihanraya ini juga akan memberi implikasi kepada negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dengan ketidaktentuan dalam rundingan Brexit. Dalam konteks ini, peningkatan ketidaktentuan politik di UK cenderung memberi kesan negatif kepada matawang Euro.

Manakala, jika Parti konservatif memenangi majoriti yang lebih banyak, ini akan melonjakkan kesemua kelas aset pelaburan di UK termasuk Gbp, Gilt, dan FTSE100, FTSE250.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat