Preview Ringkas Penetapan Polisi Monetari BOC Malam Ini

47

Dolar Kanada kini didagang lebih tinggi berbanding matawang lemah pada Rabu seperti GBP. GBP/CAD hari ini telah merekodkan kejatuhan sebanyak 150 pip dari paras tertinggi sehingga ke paras terendah 1.6914.

Bank of Canada (BoC) akan menetapkan polisi monetarinya yang terkini pada pukul 11 malam pada Rabu yang mana pasaran secara keseluruhan menjangka kadar faedah dikekalkan pada 1.00%.

Perkara penting yang perlu diteliti adalah prospek atau unjuran ekonomi oleh bank pusat terhadap ekonomi pada 2018. Pasaran juga perlu fokus kepada isyarat polisi monetari di masa hadapan. Di sini kita perlu melihat apakah panduan (guidance) semasa yang diberikan oleh bank pusat dalam kenyataan polisi dan juga komen oleh Poloz.

Gabenor Poloz sebelum ini menyokong kenaikan kadar faedah dua kali berturut-turut pada 2017, tetapi sesetengah penganalisis percaya beliau akan lebih cenderung untuk mengetatkan kadar faedah tahun depan.

Penganalisis ekonomi di National Bank of Canada, Stefan Marion dan Krishen Rangasamy berkata, ” Kami merasakan BoC akan didesak dengan data yang kukuh untuk menaikkan kadar faedah lebih banyak berbanding apa yang pasaran jangkakan pada 2018.”

Jika bank pusat dalam penetapan polisi malam ini menunjukkan mereka bersedia untuk menaikkan kadar faedah pada kadar sederhana tahun depan, dolar Kanada (CAD) sudah tentu melonjak lebih tinggi berbanding matawang yang lemah hari ini.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat