Preview Tiga Laporan Penting Pada Hari Ini

46

Data Inflasi US (8.30 pm)

Para pelabur akan meneliti bacaan inflasi indeks harga pengeluar yang mengukur bacaan harga borong bagi mencari sebarang maklumat yang menunjukkan pengukuhan ekonomi semasa US sekali gus menyokong jangkaan kadar faedah dinaikkan pada akhir tahun ini.

Penganalisis menjangkakan peningkatan 0.4% dalam bacaan indeks inflasi harga pengeluar pada bulan Ogos, berbanding kenaikkan 0.2% pada bulan sebelumnya.

Selepas data dikeluarkan, pelabur akan meneliti ucapan daripada ahli FOMC, Brainard dan Powell yang dijangka akan memberi ulasan mereka terhadap pandangan Fed tentang pengetatan polisi monetari.

Dolar jatuh berbanding matawang lain pada hari Rabu berikutan dalam minit FOMC awal pagi tadi menunjukkan ramai ahli Fed mengutarakan kebimbangan mereka terhadap trend inflasi yang perlahan dan lebih rendah daripada jangkaan mereka sebelum ini

Ucapan Draghi Fokus Hari Ini (10.30 pm)

Para pelabur akan memberi tumpuan yang lebih terhadap ucapan Presiden ECB, Mario Draghi di persidangan kali ke-4 berkenaan “Rethingking Macro Policy” yang dianjurkan oleh IMF bagi mencari sebarang petunjuk baru tentang dasar monetari ECB di masa hadapan. ECB dijangka akan mula mengumumkan pelan untuk mengurangkan ransangan program monetari mereka tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, sebahagian penganalisis bimbang dengan euro yang terus meningkat akan menyebabkan Draghi menangguhkan perubahan dasar tersebut.

EUR/USD didagangkan di paras 1.1862, naik 1.08% atau 128 pip sejak hari Isnin.

Bekalan minyak US akan terus menurun tiga minggu berturut-turut? (11.00 pm)

Laporan rasmi bekalan minyak mentah mingguan oleh EIA malam ini dijangka akan menunjukkan penurunan untuk tiga minggu berturut-turut.

Pasaran menjangkakan penurunan sebanyak 1.9 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 6 Oktober lepas.

Harga minyak WTI kekal positif pada minggu ini dengan pasaran dilihat semakin ke arah keseimbangan berikutan laporan bulanan OPEC menunjukkan jangkaan terhadap permintaan minyak akan meningkat di tahun 2018.

Pasaran hadapan minyak WTI tutup di paras $51,06, naik 0.27% sen. WTI telah meningkat $1.77 atau 3.56% sejak hari Isnin yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat