Prinsip Presiden Bundesbank Ini Dilihat Berbeza Dari Perjuangan Donald Trump

39

Presiden Bundesbank, Jens Weidmann berkata pada Rabu bahawa ekonomi terbesar dunia harus bersedia untuk mengekalkan pasaran terbuka dan perdagangan merentasi sempadan. Menurut beliau lagi, perlindungan perdagangan akan mencetuskan krisis perdagangan yang baru di dalam pasaran.

Polisi ‘America First’ di dalam pentadbiran Trump dalam memperjuangkan penambahan halangan perdagangan dan langkah perlindungan untuk melindungi kepentingan perniagaan Amerika Syarikat dilihat sebagai salah satu cabaran baru buat anggota G20 bagi mengekalkan pasaran yang terbuka.

Menurut Weidmann yang juga bertanggungjawab sebagai Majlis Pentadbir Bank Pusat Eropah menyifatkan bahawa pasaran terbuka dan sistem ekonomi yang berdaya saing merupakan tunjang kepada ekonomi.

Selain itu, Weidmann berpendapat bahawa industri akan lebih inovatif dan idea-idea baru akan lebih cepat tersebar apabila didorong oleh persaingan antarabangsa.

Matawang Gergasi Seakan Kehilangan Tenaga Dalam Sesi Eropah

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat